Luqa Story: It's about my life

 Langit Kebiruan dan Bumi Kehijauan

Kadangkala dalam kehidupan kita akan berjumpa dengan seseorang akan buat kita seperti diawang-awangan dan apabila berlakunya krisis dalam hubungan tu kita akan jatuh rebah ke bumi nyata...dari situ lahirnya istilah cinta tidak berjasad tapi ia wujud.


Bila hidup berpasangan memang seronok tetapi kita kena sentiasa untuk hadapi perpisahan atau ditinggalkan oleh dia. Aku kenal dengan seorang gadis nie dekat satu program kokorikulum yang kelab luqa buat dan luqa antara calon yang terpilih oleh cikgu, jadi selepas sekolah luqa siapkan keperluan untuk pergi camping di sebuah tempat di sungai templar, Rawang pada tahun 2013...suatu ketika dahulu. Tiba je hari tersebut luqa pun ikut bertolak ke tempat yang dituju tersebut, luqa pun punggahkan barang dekat kereta cikgu luqa pun pergi ke tapak perkhemahan yang telah ditetapkan oleh fasilitator program then luqa pun letak lah barang disitu dan luqa cari kawan dan berenalan dengan sorang budak nie dia cakap 'panggil aku black (bukan nama sebenar tapi nama panggilan)' luqa pun borak dan kenal dengan sorang kawan dia juga namanye bob (bukan nama sebenar sebab luqa tak ingat ๐Ÿ˜…). Then, datang lagi dua orang gadis yang luqa tak ingat juga nama diorang dua tapi luqa tertarik dengan sorang nie luqa panggil dia 'gadis misteri', 'gadis misteri' ini yang buatkan luqa rasa teringin nak jumpa buat kali terakhir sebelum luqa mulakan hidup yang baru ditempat orang...tapi apakan daya luqa dapat jumpa dia kali terakhir di satu program perkhemahan kenaikan pangkat krs tahun 2013, itulah kali terakhir luqa jumpa dia dan luqa langsung tak jumpa sehingga sekarang lagipun luqa pun naive sebab datang kem nak jumpa member baru dengan enjoy๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚...long short story, luqa pun ade rasa menyesal gak sebab langsung tak terlintas nak ambik fon number fb atau ig dia time tu...luqa pun mulalah ekspidisi mencari dia yang lama luqa impikan dan after 9 tahun cari sampai sekarang luqa tak jumpa. 



Seterusnya, luqa dapat tawaran untuk sambung belajar...(tapi cerita nie sekejap je tak lama...๐Ÿ˜“๐Ÿ˜”)...luqa kenal dengan dia nie melalui satu program yang Universiti luqa buat, bila join program tu luqa pun tertarik dengan seorang gadis nie 'orang kata mula-mula niat cuma nak test market' dengan test power nak pikat...tetiba kita sangkakan tepuk sebelah tangan rupanya tangan yang ditepuk disambut bersama oleh gadis yang dipuja dan didambakan itu, luqa panggil dia Cik lebah sebab dia suka lebah...luqa pun jalinkan hubungan tetapi tidak lama atas kesilapan luqa lalu luqa ditinggalkan oleh dia lagipun dia tinggalkan luqa pun atas kesilapan luqa sendiri luqa bertanggungjawab atas kesilapan luqa sendiri.

apa yang luqa nak kongsikan, walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan kita...kita mesti kena bangkit dan teruskan kehidupan kita jikalau kita rasa 'down' dalam hidup kita cari seseorang untuk menjadi pendengar samada sahabat-handai, ibu bapa, adik beradik ataupun orang yang kita percaya bagi kita melepaskan beban memori bersama seseorang yang kita sangkakan jodoh kita tetapi bukan, jangan bersedih tapi saudara-saudari mesti kuat dan bangkit dari kesedihan jangan duduk meratap di meja mahupun dikatil yang empuk...jikalau kita tidak mahu kongsi dengan seseorang, bentang sejadah dan berdoa kepadaNya kerana dia Maha mendengar. Itu sebab luqa kongsi gambar langit biru, bumi kehijauan sebab dari situ kita boleh nampak siapa disebalik keindahan yang cantik nie...jadi jangan lupa siapa yang menjaga kita dari dalam rahim seorang ibu sehingga kita bernafas setiap detik ini.

Saudara-saudari kat luar sana jangan risau pasti ramai lagi senasib seperti luqa tapi jangan takut Allah dah tentukan kehidupan kita, setiap yang datang pasti bersebab maka bangkit dari kesedihan...kita ubah diri kita menjadi lebih baik dari semalam๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜„๐Ÿ˜.

Luqa kali nie nak share sedikit tentang kehidupan luqa dalam dunia fatamorgana percintaan nie, hope korang semua enjoy dan luqa doakan korang semua sihat selalu ๐Ÿ˜‡✌...Enjoy your beautiful life guys and lads. 

#Fighting_Covid19 #You'reFighter #UCanDoIt #StayAtHome

Luqa mohon maaf kalau ada silap dekat post kali nie๐Ÿ˜…✌

Comments

Popular posts from this blog

Ikan Pari Bakar

Barbie Cake