Posts

Showing posts from 2014

CINAMON ROLL RESEPI

Image
Setiap pukul 3 petang ada budak kecik yang sentiasa bertanya umi jom kita buat makanan .. adik tolong umi yea..okey kita buat rotilah dik ..senang sikit..akak guna bahan yang sedia ada didapur. bagi sikit doh kat aqil macam-macam bentuk dia  buat. akak guna mixer. CINAMON ROLL.. BAHAN-BAHANNYA  900 gram tepung roti (high protein flour) 100 gram tepung serba guna (akak guna surfine flour) 200 gram gula kastor 5 gram garam halus 10 gram susu tepung 1 biji telur 22 gram instant yeast 100 gm butter 500 ml air suam BAHAN TABUR  4 camca besar butter dicairkan 1 cawan gula perang (brown sugar)* 1sudu makan serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2) 1cawan kismis (umi guna mix fruit sebab itu jer yanng ada..) UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulatkan doh,

DOORGIFT FOR WALIMATUL URUS OR AQIQAH

Image
Untuk  memudahkan tuan rumah  yang sibuk menguruskan keperluan mempelai kami menyediakan khidmat menyediakan doorgift atau cenderahati untuk diberikan kepada tetamu, dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik untuk semua jangan rasa ragu wasap akak.. Whatsapp: 019-232 2107 / 015-9261 7660 (kak umi)

KEK PENGANTIN

Image
As salam ..untuk adik-adik yang bertanya..untuk penghantaran luar dari ampang memang ada charge delivery yea yang, yang lain boleh refer kat bawah ni : KEK PENGANTIN  JENIS :  SPONGE CAKE / ICING BUTTERCREAM PERASA :  COKLAT / VANILA / STRAWBERRY / PANDAN / OREN. WARNA: BOLEH IKUT TEMA YANG DIKEHENDAKI HARGA : 3 TINGKAT (1/2KG+1KG+2KG) = RM200 4 TINGKAT (1/2KG+1KG+1.5KG+3KG) = RM300 5 TINGKAT (1/2KG+1KG+1.5KG+2KG+3KG) = RM400 ====> tidak termasuk besi alas tu yea.
Image

Pelamin

Image
Alhamdullilah.... Allah permudahkan segalanya.... Thanks laling-laling semua and emak & abah  Amir Johari , yang sangat membantu,  Jee terima kasih banyak-banyak,  untuk singgahsana indah atau Pelamin indah wasap kak umi 015-9261 7660  msg: 019-232 2107 Selangkah ..memenuhi impian bakal mempelai 

BIRTHDAY CAKE

Image
As salam selesai tugas didapur  ..bolehlah relax-relax depan tv pulak yea tengok cerita kegemaran tapi hari ni cerita kat tv entah apa-apa entah tak ada yang menarik ..ke sebab mata ni nak lelap tapi risau takut terlelap ..kejap lagi nak hantar aqil lepas tu nak ambil kakak dia pulak, petang ada appoinment dengan cik liza dari sme kena dengar ceramah dia pula hari ni .. sesekali kena recharge bateri yang tinggal setengah ni .. semangat semangat bak kata cik liza ..jangan putus asa semua kami tolong apa lagi masalahnya cik liza penyakit M ni banyak sangat untuk sahabat dan adik-adik yang nak order BIRTHDAY CAKE Wasap: 015-9261 7660 msg: 019- 232 2107 maaflah kalau call tek berangkat almaklumlah  akak ni fulltime mama sibuknya Allah jer yang tau terima kasih yang sudi memahami ..

Frozen cupcake

Image
As salam membelek benda yang kiut miut ni seronok,  satu hari suntuk menyiapkan bunga-bunga yang berbagai warna untuk diletak sebagai hiasan atas cuppies Warna biru yang menjadi kegilaan ketika ini frozen lama-lama akak pun suka warna biru  awak...awak...awak suka warna apa merah..biru  tandanya i love you ha..ha..ha  kadangkala terbaca juga message untuk anak-anak ala macam tak biasa dulu-dulu kita pun macam tu juga kan zaman remaja  inilah hobi mengisi masa lapang sila-sila tengok nak order pun boleh  wasap akak 015-9261 7660

BIRTHDAY CAKE

Image
Hari ni dapat message manja.. leka bermain dengan cream untuk Birthday cake tiba-tiba teringat ni tak apa nak bertanya tak salah dik, kak umi ni full time mama, suka bermain dengan tepung, gula bab-bab deco ni kak umi suka, bermain dengan warna lagi akak suka, latihan khusus untuk kek tak ada cuma akak perg i kelas anjuran private or kerajaan, sehingga sekarang akak masih belajar dik. Ya.. akak anak didik Jabatan Pertanian ..masih dibawah pemantauan mereka. Ya.. ada juga akak ambil tempahan untuk pelamin, hantaran selalunya hanya sahabat terdekat yang tau hobi akak, yepppp..akak memang suka bunga memang dalam rumah akak ni semua kalau boleh akak nak letak bunga. Bab memasak ..yang ni harap maklum, hanya untuk family sahaja...nak bagi mak mertua lauk pun gigil u...almaklum sedar kekurangan diri so jalan selamat beli lauk dikedai ha..ha..ha kan, tak apa mak mertua akak sporting so tak ada masalah bab-bab masak ni...sayang dua-dua mak .. so ada lagi nak tanya..sila-sila ..
Image

FROZEN CAKE

Image
Party time FROZEN CAKE .... Salam seronok akak tengok pic yang dikirimkan oleh ibu Aifa, Farah terima kasih banyak-banyak farah,  anak akak dah besar dah tak ada kelam kabut hantar kek ke tadika, dulu-dulu akak siap tunggu dekat tadika rasa macam party kat rumah pulak akak buat, tengok budak-budak comel berebut makan kek, lepas tu dapat goodies bag siap nyanyi-nyanyi lagi akak pun join sekali ha..ha,  Memang masa sebegini sangat berharga dan inilah kenangan kita yang paling indah, tengok anak-anak senyum, rasa puashati sangat-sangat. Selamat Hari lahir Aifa Sumayah ...mak cik doakan semoga aifa menjadi anak yang bijak dan solehah, sentiasa menghormati ibu dan ayah yang banyak jasanya menjaga aifa. Terima kasih sekali lagi untuk Farah sokongan farah sangat-sangat akak hargai.

Doorgift Murah

Image
Salam untuk sahabat ...  .. mungkin berlapang dada itu lebih baik dari memikirkan kerenah-kerenah manusia yang kadang kala tidak kita fahami dan apa yang mereka mahukan, segalanya nak diri mereka yang terbaik tanpa memikirkan hati-hati disekelilingnya yang dilukakan, berkali-kali dimaafkan dan berkali-kali itu jugalah diulang atau mungkin berdiam diri itu lebih baik. Buatlah selagi kamu boleh buat selagi tidak dikafankan dan disembahyangkan buatlah sehingga kamu rasa puas hati sesungguhnya segala janji Allah itu pasti. Mengisi masa dengan berbuat sesuatu sekurang-kurangnya akak boleh mengurangkan beban tuan rumah dan Alhamdulillah ..dapat juga duit poket untuk belanja dapur. Service kami hingga didepan pintu rumah anda. Doorgift murah dari kami di Ummi's Oven Bakery hanya RM3.50 / Paper Bag, Kek dalam cup dan sebotol air mineral Wasap akak di 01592617660

Birthday Cake

Image
Salam Aidil Adha .. aktiviti didapur sebelum mula merendang Birthday cake .. Terima kasih pada semua sahabat yang sudi menyokong akak  maaf zahi batin atas semua kesilapan , minta halalkan apa yang yang terkurang atau yang terlebih jom makan ..

Sugar Cookies

Image
Aktiviti sepanjang minggu ini  suka bab pink-pink ni kalau boleh semua nak akak pinkkan kali ni doorgift kawan akak dialam maya Puan Belina Sugar Cookies ... seronok bau cookies tu mak aiiii ..menggoda kalbu lepas bakar kenalah rasa hampir 6 keping baru okey  ..hi..hi..hi lepas tu pack pulak bab  yang ni boleh ZZZzzzZZZzzz dengan reben mata kat tv jerr bilalah nak siap  ..tapi siap juga akhirnya tarraaaaa

Frozen Cake

Image
Salam kesian rumah akak ni asyik kena tinggal jerr ,, sibuk kat dapur dengan oven dengan periuk dengan kuali lepas tu kain baju bertimbun pergi kedai lagi beli barang dapur lepas tu amik kesempatan pergi urut-urut badan yang lenguh-lenguh ni memandangkan usia pun dah bertambah lepas tu makan dekat kedai mummy kawan baru lepas tu lupa  nak hapdate blog he..he..he lepas tu dapat pesanan  ringkas awak tu berniaga ke idak ...dan kakak pun  jawab lerr berniaga yang tu ha nun kat atas bukti aktiviti seharian Frozen Cake yang tengah hot.. ni nak tengok csi miami lagi pasti .. rugi tak tengok kannnn haaa..adik-adik sekelian yang nak order kek comel kat atas tu  wasap akak 01592617660 tak payah wasap yang bukan-bukan akak ni anak dah besar maknanya umur dah banyak..oopppssss betul kan... wasalam  ..

Sambal Telur

Image
Masih dimood raya akak memohon maaf zahir dan batin diatas segala kesilapan dan kesalahan .. seronok beraya yang lebihnya anak-anak melayan kerenah mereka beraya,  hari ni anak akak minta masak Sambal Telur siap pesan nak bawa bekal pergi sekolah agama simpan sikit nanti nak makan balik sekolah ialah nak ..janji kamu sihat dan teguh iman lagi pun mungkin masing-masing dan pening lauk hari raya ..tapi umi sukaaa  Bahan-bahan: 2 sudu cili kering yang telah di kisar 3 biji bawang putih di tumbuk 3 biji bawan merah kecil 1 sudu sos cili 5 biji telur ayam (rebus buang kulit dan goreng sekejap) air asam jawa, garam, gula secukupnyer minyak untuk menumis 1 cawan air Cara-cara Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar hingga naik bau masukkan cili kering, tumis hingga garing atau masak masukkan sos cili masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer biarkan garing sampai mesra. bila dah cukup rasa masukkan air. masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau. golekk

Cerita di bulan puasa

Image
Hanya gambar yang mampu berbicara 

KEK untuk HARI RAYA

Image
Assalamualaikum .. salam ramadhan untuk semua sahabat dialam maya, ramadhan datang lagi memberi makna bahawa umur kita semakin meniti kepenghujung, memberi "signal" apakah nilai tambah atau susut nilai dalam amal kita; yang pasti bukan untuk menunjuk pada manusia supaya sentiasa dipuji, dikatakan baik; tapi yang penting sekali adalah menambah amal kita pada Allah supaya ada bekalan kita diSANA nanti, setiap hari kita mendapat berita pemergian sahabat-sahabat kita, sayu terasa. selalu akak terfikir suatu masa pasti kita pasti menyusul kerana yang hidup pasti mati. Tapi yang pasti hidup perlu diteruskan dengan Rahmat dan Restu dari ALLAH selagi ada daya selagi ada tenaga berusahalah kita tanpa putus asa. Disini akak buka tempahan untuk hari raya  Date untuk collect: 25 Julai 2014 (hari jumaat) Lokasi: Ummi's Oven Bakery, Ampang Waterfront 2 Masa: 10.00 pagi hingga 4.30 petang Berminat boleh Wassap: 019-9260 7661 atau SMS: 019-232 2107 KEK HARI RAYA.

CANDY BUFFET

Image
Salam,  lama betul tak kemas rumah akak ni,  cari mood yang hilang duk sibuknya  dengan projek terkini,  kami kini memberi khidmat CANDY BUFFET samada untuk Birthday Party atau Wedding Day Pakej kami mengikut kemampuan anda SMS akak untuk pertanyaan 019 232 2107 / wasap 015 92607661

Promosi HARI IBU dan HARI GURU

Image
As Salam sahabat .. Sempena HARI IBU dan HARI GURU  Promosi set  WALNUT BROWNIES,  CUPCAKE ,  CAKE in JAR  atau  PUSH POP CAKE dengan harga yang sangat berpatutan  Tempah sekarang ....  SMS : 019- 232 2107 PM di FB PAGE :  Ummi Oven Bakery

rindu dulu-dulu

DOORGIFT JIMAT

Image
RM3.50 / per jar (250ml)  ada 200pcs,  ""''''''Stock Clearance"''''''''' +++++ sudu putih sahaja dan ribbon   sementara stock masih ada DOORGIFT JIMAT sms kak umi 019-232 2107 Contoh bila siap seperti dibawah ..sudu putih sahaja

GIRL CUPCAKE

Image
 Masa untuk bergumbira,  bermain dengan fondant doh bentuk mengikut hati dan perasaan yang sangat happy Girl Cupcake decoration siap sudah dan ini hasilnya  but itu singa  aqil kata meowww...meowww  menyakat jerr kerja dia yeaaa  meow ..meow..meow ...

DECO KERETA

Image
Salam .. Cerita semalam ..  Kunjungan dari sahabat usahanita sangat menyenangkan hati  ialah kadangkala bila rasa macam nak terduduk dek cabaran yang mendatang membuatkan kita  kadangkala rasa hidup kat dunia ni seorang seorang berjuang cuba menempatkan diri di dalam barisan usahawan-usahawan yang sudah kukuh,  akak yang baru 6 bulan berdiri mencuba dengan sedaya usaha agar terus berdiri agar sebaris dengan mereka orang kata kalau baby baru nak merangkak,  cuba keluar dari zon biasa,  mudah-mudahan Allah berikan keberkatan dan kejayaan dalam usaha akak ni, Deco fondant kereta tempahan rakan akak ain dari team usahanita akak sangat-sangat akak hargai terima kasih sahabat.

Door Gift Bag

Image
  Salam untuk semua sahabat Terima kasih untuk linda yang sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery Goodies bag / DOOR GIFT bertemakan Frozen untuk anakanda tersayang Jasmine yang comel dan cute  Happy Birthday sayang semoga Jasmine berjaya didunia dan akhirat. Khidmat kami mengikut tema dan budget yang diberikan oleh sahabat. Pertanyaan disini Whatsapp: 015-9261 7660 / SMS: 019-232 2107 (Kak Umi)

PIZZA COMEL

Image
Salam pagi-pagi dah bergaduh dengan mixer .. uli tepung untuk doh PIZZA comel comel ni rasa hilang semua stress tengok doh tu dok elok tak melekat dengan mangkuk..syukur mudah jalannya ..nanti duk pulak diam diam supaya lagi nampak cantik yea, supaya kamu jadi sedap dan enak bilak dimakan,  campuran sos tu kena balance rasa dia, masam manis sayang cinta semua ada ..letak pulak lada hijau merah kuning taburkan pulak dengan parutan cheddar lepas cik mozarella renjiskan sedikit cik parmesan pulak akhirnya hiaskan dengan mayonis yang sedapppp bagi nampak meleleh.. so yummy haaaaaa ni dia yang dah siap yang ni akak makAn dulu nak bagi rasa sedap ke tidak kan..kan..kan sila.. sila.. sila

HANTARAN PERKAHWINAN DANIA

Image
Salam sayang sahabat.. Hari ini rasa seronok bermain dengan bunga-bunga walaupun hanya artificial flower  tak sedar masa berlalu hati pun jadi berbunga-bunga .. menyiapkan  HANTARAN PERKAHWINAN   agar pengantin rasa gembira di hari bahagia mereka.  Kepada bakal-bakal pengantin yang hendak booking hantaran  atau  SEWA DULANG HANTARAN boleh Whatsapp: 015-9261 7660 / SMS: 019-232 2107 (Kak Umi)