Posts

Showing posts from 2013

Pink Hantaran

Image
 menyiapkan tugasan pink yang akak suka 

Kelas cupcake untuk anak-anak 7 December 2013

Image
Assalamualaikum... cupcake dan deco class untuk anak-anak berumur 7th hingga 15th dibuka, terhad 10 orang, bawa apron sahaja. cara bagaimana: --> Membuat cupcake, icing dan cara menghias. --> Class pada 7 dec 2013,  --> Masa 10.30am hingga 4 .30pm, yuran RM90. --> Makan tengahari disediakan. --> cupcake: vanilla, coklat,  --> 16 biji cupcake dibawa pulang PM untuk pertanyaan or sms:019-232 2107

Cake in A Jar

Image
  Rainbow Cake Chocolate Cake Setelah  sekian hari tidak mengupdate' diari hobiku .. inilah kek dalam jar yang tengah hot kat kedai akak sangat sesuai dijadikan cenderahati juga hantaran atau diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang, rasa seronok membelai tepung untuk dijadikan sesuatu yang indah dimata dan sedap untuk dirasa  terima kasih nenny dan azan untuk semua idea ni dan silalah datang lagi kekedai akak yang cumell tu yea

suka...suka

Cake..cake..cake

Image
Salam ..antara jenis-jenis kek  yang kami buat. Untuk tempahan dan pertanyaan: PM me or sms: 019-232 2107(kak umi) / 017-238 6201 (amy) Harga: Berbeza .... mengikut jenis/perisa, fondant, buttercream, fresh cream, juga penambahan hiasan seperti Edible Image, jenis  bunga, figurine atau model-model kecil.   Kami juga menyediakan khidmat penghantaran dengan kos yang amat berpatutan. Sila nyatakan dengan jelas untuk kemudahan bersama insyaallah .

Vanilla Honey Cute Cuppies

Image
  great memories begin with a small bite Vanilla Honey Cute Cuppies @ Ummi's Oven Bakery 0.60sen sahaja  sms: 019-232 2107 (kak umi)

Tea Pot Wedding Cake

Image
 great memories begin with a small bite ... Teko kek .. yang sangat mencabar tapi syukur jadi juga akhirnya..  terima kasih azan, neny dan famili

Mr.Photographer Cake

Image
  great memories begin with  a small bite .. . Terima  kasih pada  azan, neny dan famili   

BAG CAKE

Image
Beg merah beg biru, u marah i lap u  .. Salam baru berkesempatan mengemas kini rumah yang dah berhabuk ni, kena guna feather duster pulak   nak buang sawang-sawang ni, inilah jadinya kalau dah terlalu sibuk berurusan dengan oven sampai terlupa rumah dah berhabuk .. imej kat atas tu aktiviti terbaru untuk meraikan hari lahir kakak pada sahabat kak umi, terima kasih aini diatas sokongan yang sentiasa aini beri yang kadangkala semangat itu tergelincir dari landasan ..terima kasih sekali lagi dan datanglah lagi ..

IKAN MASAK ACAR

Image
Teringat kat bonda kat kampung lama tak jenguk dia ..  bonda kata sesibuk mana pun masak untuk anak dan suami nak beli boleh tapi jangan selalu, tapi anakmu ni malesss bukan main bonda .. bonda sibuk dengan bisnes dodol tapi tetap masak sendiri....pengat pisang kegemaran bapa mesti ada kat meja walaupun nampak penat sangat  mesti bonda tak menang tangan melayan kerenah pelanggan ehemm..ehemm   kena tambah pembantu tu bonda resepi  kat bawah ni bonda yang bagi mudah dan ringkas bonda kata jangan nak bagi alasan lagi .. kalau tak cukup bahan satu dua tu tak payah nak jadikan alasan gantung periuk ..he..he peace....... pandai bonda membaca apa yang tersirat dihati anakmu ini .. ialah akan ku patuh pesanmu itu wahai bonda  dan inilah hasilnya ..wahhhh mengancam jugakan  bukan nak tunjuk pandai masak tapi sememangnya memandai-mandai  Ikan masak acar  Sumber:Bondaku Bahan-bahan: 2 ekor Bawal  1/2 batang timun - dipotong memanjang  1/2 batang lobak - dipotong mema

CHOCOLATE CHIP

Image
great memories begin with ... a small bite great memories begin with ... a small bite Chocolate chip ...  sentuhan kalbu kiera kata tergelak kami semua, tanya kenapa ..ialah bila umi buat bau dia mengugat kalbu kakak ni tau ..belum rasa lagi .. nanti kakak nak bawa pergi sekolah ..puasakan ..tak apa bukan nak makan nak suruh kawan-kawan kakak bawa balik biar derang makan masa berbuka nanti ..ialah suka hati kakaklah Chocolate chip  yang penuh dengan rasa chocolate dan taburan almond fresh from oven ... menanti untuk dirasa bukan sekarang tapi masa berbuka nanti  ..

Persediaan Ramadhan

Image
PERSEDIAAN RAMADHAN... Niat puasa dan doa berbuka puasa ~ www.ahmad-sanusi-husain.com #Ramadhan #Ramadan #Puasa

FRUIT TART

Image
 g reat memories begin with .... a small bite Salam ..dua tiga hari lepas siapkan tart untuk sahabat ..kali ni melayan selera dan kehendak anak, nak juga macam yang umi buat untuk kawan umi tu yang ada baby dua orang tu .. baby dia comelkan umi bijak pulak tu adik nak amik baby dia .. haaa..nanti mummy dia nangis umi tak tau.. cakaplah aunty annie panjang benar dia punya intro, umi buatkan kejap lagi ..penat belum hilang dah habis tinggalkan sikit untuk ayah ..ok 3 ketul jer???? 

UPIN IPIN CAKE

Image
  Great memories begin with ... a small bite Kek untuk cute boy Faiz hepi besday faiz .. memang kagum tengok dia turun tangga dengan tangan kiri kanan memegang novel wahh ..suka tengok faiz,  semoga besar nanti jadi anak yang baik beriman dan bijak aminn jumpa lagi insyaallah .. terima kasih untuk mama dan ayah Faiz ..

Sambal Ikan Bilis

Image
Sambal Ikan Bilis  (Sumber: Bondaku) Bahan-bahan untuk Sambal Kering Ikan Bilis, 1 keping tempe 200 gm ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan) 100 gm kacang tanah 1 labu bawang besar 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar) 2 sudu besar cili giling (cili boh pun boleh) 1/2 sudu kecil garam / secukup rasa 1/2 sudu kecil gula / secukup rasa Asam Jawa Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis Bahan-bahan kering yang digoreng; tempe dihiris nipis dan gorengkan sehingga garing Ikan Bilis (digoreng garing) Kacang Tanah (digoreng garing) Cara-cara : 1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung. 3. Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa. 4. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap. 5. Setelah itu baru masukk

SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E

Image
   SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E   1SET / RM50 (free postage)   - Mencerahkan kulit wajah. - Mengatasi kulit kusam - Menghilangkan kesan-kesan jerawat juga jeragat - Menjadikan tona kulit wajah menjadi sekata ... Caranya; - Cuci muka dengan sabun collagen - Sapu krim collagen malam pada waktu malam dan siang pada waktu siang Sangat mudah tiada pengelupasan.. akak gunakan sendiri ..balik bercuti dari Terengganu kulit lebam, kusam dengan jerawat mungkin terlalu banyak makan seafood..almaklum sotong, ketam, ikan segar baru naik dari laut  dicelup dalam tepung dan digoreng depan mata ..apa lagi selera tak ingat lain dah ..saat yang tak boleh lupa kami bertanya mana nasi ..pak cik yang goring tu geleng kepala ..adik kata mana ada nasi kena makan macam ni  ..huuuupppss biar betul ..semua orang kat situ tersenyum ..malunya ..cuba sekali memang sedap apa lagi berkali-kali habis satu pinggan ..dan bila balik jerawat tapi bila anak buah bagi ni dalam masa 3 hari kulit jadi normal b

Kek Bola Amad

Image
  great memories begin with ... a small bite Kek..kek..kek bola untuk peminat tegar Kelantan  FC ..amad  dah jangan buat umi (ibu amad) berlari 100 meter mengejar amad hari ni kesian dia ..takut aunty tengok termengah-mengah ibu amad tau .. ajak abi tak apa ok amad ..

Rossette chocolate cake

Image
great memories begin with ... a small bite Terima kasih eita .. terima kasih daun keladi mudah-mudahn dengan izinNYA kita berurusan lagi 

Kerabu Mangga

Image
Mood malas nak masak akak google dan dapat ni .. tekak nak yang masam .. taraaa dah siap akak makan yea ..hmmmm sedap masam-masam manis ni .... Terima kasih cik Mat Gebu. Kerabu Mangga Sumber /copy : Dari dapur Cik Mat Gebu (Dapur Tanpa Sempadan) BAHAN-BAHANNYA  2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2) 1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris 1 biji bawang besar, mayang halus 1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar 1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing 4 biji cili padi, hiris halus 1 ulas bawang putih, cincang halus 1 1/2 camca besar sos ikan 1 camca besar penuh gula 1 biji limau nipis, perah jusnya Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan CARA MEMBUATNYA  Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan. Satukan sos ikan,

Purple buttercream

Image
  great memories begin with ... a small bite Hantaran tanda pengikat cinta ..ungu menjadi pilihan untuk tema hari yang bersejarah..semoga pasangan Ara dan Faiz berbahagia hingga ke syurga  terima kasih pada yati dan keluarga sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery. 

Wedding cake story

Image
great memories begin with ..a small bite Memulakan hari dengan membaca "Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani" bila dapat msg hari ini dengan kata-kata sinis dari seorang hamba Allah tidak akan kayanya kamu dengan menayang hasil kerja kamu yang tak bagus ..perasan  Kak umi jawab disini yea ..  hasil kerja ini hasil kerja kak umi bukan dengan sehari dua tapi bertahun-tahun menimba ilmu dengan cikgu-cikgu masakan yang bertauliah atau yang lebih pengalaman dari kak umi .. kak umi ganti dengan sedikit bayaran yang tak berbaloi pun sebenarnya denggan penat lelah mereka yang mengajar kak umi sehingga boleh berdiri sendiri ... betul kak umi bukan yang terbaik tapi sekurang-kurangnya akak berusaha untuk menjadi antara yang terbaik sebab cita-cita akak satu hari nanti akak akan mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik dan dihormati.. tidak pernah berniat untuk bermegah tapi sekurang-kurangnya ini membantu untuk promosi dan mendapat se

TART NANAS BUAH-BUAHAN

Image
Sangat indah dan cantik, rasanya pasti sedap sekali ..sesuai untuk hamper, doorgift, diberikan pada orang yang istimewa sebagai hantaran ..sebagai hidangan diatas meja yang pasti memukau setiap pandangan dan lirikkan .. diletak didalam bekas @ kotak yang cantik dan kemas  idea kreatif dan unik ..hampir serupa   jambu yang jambu dan menggoda kalbu... Tart nanas buah-buahan yang sangat comel dan sedap .. pandangan mata pasti tertumpu kearahnya  berminat sms kak umi di 019-232 2107 great memories begin with ..a small bite

Jiwa milik ALLAH sayang umi

Masak ketam cili telur

Image
  great memories begin with ..a small bite Mood tengah ada nak masak ..so jom kita pergi dapur masak ketam cili telur akak lebihkan air bagi dia berkuah sikit, nak ambil telur tu cicah dengan roti, nak pedas lebihkan cili yea .. resepi ada kat bawah .. manis-manis pedas, sumber majalah saji  Bahan-bahan: 2 ekor Ketam 2 ulas Bawang Putih - ketuk sahaja 1 labu bawang besar -potong dadu 4 sudu makan Cili Kering - dikisar 2 sudu makan Sos Cili 1 sudu makan sos tomato 2 sudu kecil Cuka (optional) - (akak ganti dengan air asam jawa...) Garam & Gula (secukup rasa) 2 biji Telur (dipukul sedikit) Cara-cara 1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya. 2.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata. 3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan t

Menu tengahari kami

Image
 sweet memories begin with ... a small bite Menu tengahari hari ini  tumis kacang botol dengan ikan bilis dan tenggiri masak kicap  nampak gaya minggu ni asyik masak kicap, ayam masak rempah kena ada kicap, daging goreng hitam juga kena ada kicap tak apalah yang penting anak-anak makan, aqil dengan kiera belum habis nasi kat pinggan dah pesan esok umi masak telur macam ni umi letak kacang pis yea ...kicap lagi ...luqman esok umi masak nasi lemak dengan sambal, ikut jerlah nak oii janji korang makan .. resepi untuk kacang botol yang sangat simple dan kosnya ciput sangat,  Kacang botol tumis ikan bilis Bahan-bahan: 15 tangkai kacang botol - dihiris 1/2 inci panjang 3 biji bawang merah  2 ulas bawang putih  2 sudu besar cili giling Segenggam ikan bilis  Garam secukup rasa Minyak masak Sedikit serbuk pati ayam (jika suka) Cara-cara Bawang merah,bawang putih, ikan bilis tumbuk jangan halus sangat. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bah

Almond Chocolate cake

Image
great memories begin with ... a small bite Kek untuk sahabatku kak maz and the gang .. terima kasih kak masih terus sudi berurusan dengan kami  berminat sms kak umi 019 - 232 2107 fresh  dari oven kepintu rumah anda