IKAN MASAK ACAR
Teringat kat bonda kat kampung lama tak jenguk dia ..
bonda kata sesibuk mana pun masak untuk anak dan suami nak beli boleh tapi jangan selalu, tapi anakmu ni malesss bukan main bonda ..
bonda sibuk dengan bisnes dodol tapi tetap masak sendiri....pengat pisang kegemaran bapa mesti ada kat meja walaupun nampak penat sangat
mesti bonda tak menang tangan melayan kerenah pelanggan ehemm..ehemm
kena tambah pembantu tu bonda
resepi kat bawah ni bonda yang bagi mudah dan ringkas bonda kata jangan nak bagi alasan lagi .. kalau tak cukup bahan satu dua tu tak payah nak jadikan alasan gantung periuk ..he..he peace....... pandai bonda membaca apa yang tersirat dihati anakmu ini ..
ialah akan ku patuh pesanmu itu wahai bonda
dan inilah hasilnya ..wahhhh mengancam jugakan
bukan nak tunjuk pandai masak tapi sememangnya memandai-mandai
Ikan masak acar
Sumber:Bondaku
Bahan-bahan:
2 ekor Bawal
1/2 batang timun - dipotong memanjang
1/2 batang lobak - dipotong memanjang
3 btg Cili Merah
3 btg Cili Hijau (cili merah dan hijau belah empat)
5 biji Bwg Merah
3 ulas Bwg Putih (dibelah dua)
1/4 cwn Air
2 sb Cuka, Garam, Gula
4 sb Cili Mesin
Bahan untuk dikisar:
*1 biji Bwg Besar
*2 ulas Bwg Putih
*1 sudu besar Udang Kering
*1 biji Buah Keras
*1/2 inci Halia
Kiub pati ayam jika suka.
CARA2:
1. Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cuka, garam, kiub ayam dan gula.
Masukkan air & biar mendidih.
Masukkan cili besar, timun dan lobak merah
Masak sebentar sahaja sehingga sebati rasa.
Masukkan ikan goreng
3. Hidangkan dengan nasi putih.
Sumber:Bondaku
Bahan-bahan:
2 ekor Bawal
1/2 batang timun - dipotong memanjang
1/2 batang lobak - dipotong memanjang
3 btg Cili Merah
3 btg Cili Hijau (cili merah dan hijau belah empat)
5 biji Bwg Merah
3 ulas Bwg Putih (dibelah dua)
1/4 cwn Air
2 sb Cuka, Garam, Gula
4 sb Cili Mesin
Bahan untuk dikisar:
*1 biji Bwg Besar
*2 ulas Bwg Putih
*1 sudu besar Udang Kering
*1 biji Buah Keras
*1/2 inci Halia
Kiub pati ayam jika suka.
CARA2:
1. Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cuka, garam, kiub ayam dan gula.
Masukkan air & biar mendidih.
Masukkan cili besar, timun dan lobak merah
Masak sebentar sahaja sehingga sebati rasa.
Masukkan ikan goreng
3. Hidangkan dengan nasi putih.
Comments
Post a Comment