Wednesday, May 22, 2013

TART NANAS BUAH-BUAHAN


Sangat indah dan cantik, rasanya pasti sedap sekali ..sesuai untuk hamper, doorgift, diberikan pada orang yang istimewa sebagai hantaran ..sebagai hidangan diatas meja yang pasti memukau setiap pandangan dan lirikkan ..


diletak didalam bekas @ kotak yang cantik dan kemas


 idea kreatif dan unik ..hampir serupa 


 jambu yang jambu dan menggoda kalbu...


Tart nanas buah-buahan yang sangat comel dan sedap ..
pandangan mata pasti tertumpu kearahnya 
berminat sms kak umi di 019-232 2107
great memories begin with ..a small bite

Monday, May 20, 2013

Masak ketam cili telur

 great memories begin with ..a small bite

Mood tengah ada nak masak ..so jom kita pergi dapur masak ketam cili telur akak lebihkan air bagi dia berkuah sikit, nak ambil telur tu cicah dengan roti, nak pedas lebihkan cili yea ..
resepi ada kat bawah .. manis-manis pedas, sumber majalah saji 

Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
2 ulas Bawang Putih - ketuk sahaja
1 labu bawang besar -potong dadu
4 sudu makan Cili Kering - dikisar
2 sudu makan Sos Cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil Cuka (optional) - (akak ganti dengan air asam jawa...)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit)

Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
2.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg telah pukul. Biarkan seketika baru balik-balikkan ketam, sentiasa kacau masa masukkan telur.
5.Hidangkan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar, daun bawang atau bawang goreng.

Thursday, May 16, 2013

Menu tengahari kami

 sweet memories begin with ... a small bite

Menu tengahari hari ini
 tumis kacang botol dengan ikan bilis dan tenggiri masak kicap
 nampak gaya minggu ni asyik masak kicap, ayam masak rempah kena ada kicap, daging goreng hitam juga kena ada kicap tak apalah yang penting anak-anak makan, aqil dengan kiera belum habis nasi kat pinggan dah pesan esok umi masak telur macam ni umi letak kacang pis yea ...kicap lagi ...luqman esok umi masak nasi lemak dengan sambal, ikut jerlah nak oii janji korang makan ..

resepi untuk kacang botol yang sangat simple dan kosnya ciput sangat, 

Kacang botol tumis ikan bilis
Bahan-bahan:

15 tangkai kacang botol - dihiris 1/2 inci panjang
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 sudu besar cili giling
Segenggam ikan bilis 
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara-cara
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis tumbuk jangan halus sangat.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk kasar tadi. 
Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili giling tumis hingga masak cili.
Masukkan kacang botol dan garam.

Gaul sebati.
Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
*Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik tak sedap 
makan dengan nasi panas ..wahhh       

Monday, May 13, 2013

Almond Chocolate cake

great memories begin with ... a small bite

Kek untuk sahabatku kak maz and the gang ..
terima kasih kak masih terus sudi berurusan dengan kami 
berminat sms kak umi 019 - 232 2107
fresh  dari oven kepintu rumah anda 

Chocolate cake

 great memories begin with ... a small bite

Kek comel anggaran 1/2 kg ..untuk makan-makan family   

Wednesday, May 8, 2013

BABY SHOWER CAKE



great memories begin with a ... small bite

Salam kek untuk baby Amanda .. 
terima kasih untuk mommy dan daddy baby amanda tak sabar nak dukung dia ..lega sangat-sangat bila mommy amanda beritahu dia puashati rasanya itulah ubat hilang penat yang paling mujarab ..semalaman bermain dengan doh tapi seronok tak terasa pun hingga cik hubby beritau dah pukul 1am ..haa ya ke ..patutlah sunyi semua tentera akak dah masuk tidur rupanya,
tak apa hari ni boleh tidur awal esok baru mula tugasan yang lain ... terima kasih anak-anak umi dapur dah siap kemas ..bolehlah umi bersantai-santai sambil bersilat dengan kain baju depan tv tengok cerita yang umi suka criminal mind ...