Wedding Story

Thursday, January 2, 2014

Ayam masak merah Aqil




Pagi-pagi dah pesan hari ni adik nak ayam masak sambal yang manis tu ..okey dan umi dia pun bersilat kat dapur dan inilah hasilnya ..bolehlah cuba untuk memenuhi permintaan anak bongsu yang pot pet..pot pet dari malam tadi asyik tanya afiefah BFF dia ..ha..ha mesti sunyi tu tak ada kawan nak bergaduh dalam kereta .. dua tahun pergi dan balik sekolah sama kali ni seorang sebab fiefa dah masuk sessi pagi, tinggallah aqil seorang sessi petang tak apa dik sabar tahun depan adik dah masuk sessi pagi boleh balik sama lagi dengan afiefa yea ..

Ayam masak merah Aqil:
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
sedikit garam kunyit

* Bahan-bahan kisar
4-5 biji cili kering
1 cm halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 biji tomato-potong dadu
1/2 cawan sos tomato

* Bahan Hias..ikut suka
1/2 biji bawang besar- potong bulat
kacang peas secukupnya
*akak letak gula sikit ..
Cara-cara:
Bersih ayam. Potong kecil-kecil dan gaul dengan garam kunyit. Goreng sehingga 2/3 masak
Tumis bahan kisar kecuali sos tomato dan tomato sehingga naik bau. Kemudian barulah masukkan sos dan buah tomato.
Tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam.
Biar kuah jadi pekat. Sekali sekala hendaklah digaul balikkan.
Bila kuah dah pekat bolehlah masuk bahan-bahan hias. 
Biar 2 minit. 
Kemudian padamkan api ..selesai siap ayam masak merah yang simple lepas ni boleh makan, dengan nasi putih dan sayur kobis goreng.

No comments:

Post a Comment