Wedding Story

Monday, May 6, 2013

Frill wedding cake


Masih baru pengantin ni ...so cik ros nak ucap selamat pengantin baru semoga bahagia hingga keakhir hayat kalau gaduh-gaduh meh cik ros tolong tambah bagi huru hara lagi ha..ha..ha tak adalah, anak sedara yang paling nakal, paling manja minat sangat berniaga dia berniaga kami semua sekali dia babitkan sekali hmm..tuan punya Butik Pengantin Dania ..cucu sulung dalam family kami memang meriah sakan kenduri dia habis satu kampung dari Parit Raja datang ke Hulu Langat meraikan kedua mempelai sehati sejiwa ni, kami mak cik-mak cik dia tak menang tangan 3 minggu berturut-turut sabtu dan ahad berumah tangga dilangat, tapi lega majlis sangat meriah dengan semua sedara-mara, kawan-kawan juga jiran tetangga ..
lega sudah kakakku yang macam nak pitam sehari sebelum kenduri kalau teringat kelakar pun ada, tugas ku dengan adik dan kakak yang lagi sorang menyediakan pelamin dan segala benda termasuk menyambut tetamu ...tak sangka anak buah yang lain pula semua pandai bawa diri ada yang mengemas, mencuci, juru make-up ..memang terbaiklah anak-anak buahku mesti terasa sunyi nanti bila berkumpul sebab ekin yang selalu mengusik adik yang kecil dah ikut suami .. Selamat Pengantin Baru LeEk ......

No comments:

Post a Comment