Wedding Story

Thursday, October 18, 2012

Ikan Pari Bakar

sweet memories begin with ... a small bite

ikan bakar sumber : 
mama siah Rosiah Manap

Resepi:
2 keping ikan pari (sederhana besar)
5 sudu besar cili giling
5 biji bawang merah kecil
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2" kunyit hidup
1/2" lengkuas
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya
Sedikit belacan
minyak masak secukupnya
Kiub ayam (pilihan jika suka)

Caranya:
1. Satukan semua bahan, umi guna blender kecuali gula, garam dan belacan.
2. Panaskan minyak masukkan belacan goreng hingga terbit bau juga bahan giling tumis sehingga pecah minyak cili, dah masak masukkan garam dan gula sesuaikan rasa dia jika suka boleh letak daun limau purut, dah masak ketepikan sebentar.
3. Sediakan alumunium foil letak ikan kemudian sapukan bahan tumis tadi, kemudian balut kemas-kemas.
4. Masukkan dalam oven bakar dalam 25minit dengan suhu 160 celcius atau sehingga masak.
5. Dah siap boleh makan dengan nasi panas ....+ ulam sedap sihhhh ..lauk kami hari ni silakan
 — at my sweet kitchen.

sweet memories begin with ... a small bite

2 comments:

  1. waduh...ikan pari bakar..ratah aje pun best ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang akak buat tadi rohah ..nasi sikit jerr buat 4 keping licin

      Delete