Wedding Story

Sunday, October 28, 2012

Pasta Bolognese


 Assalamualaikum ..
lambat pulak nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha ..
tapi boleh lagikan gambar pasta yang umi buat sebelum raya sekadar untuk hiasan semata-mata ha..ha
bila hati tengah berbunga ni makan apa pun sedapkan ..tengah layan beehun sup tulang dengan aqil ..seronok tengok dia makan bertambah-tambah letak sikit cili kicap pedas tapi sedappp .. lepas ni macaroni cheeeezz adik bagi tadi hmmm..habislah baju semua dah ketat ..tak apa itu alasan boleh beli baru kan kan .. nak resepi pasta ni kat bawah yea, resepi ni guna spaghetti ..tapi umi tukar ikut selera anak-anak ..


Spaghetti bolognese
(sumber: Dapur Malaysia)
maaf umi dah banyak ubah ikut selera kami
Bahan-bahan:

1/2 paket spaghetti (umi tukar pasta request luqman)

2 sudu cili giling (bagi pedas sikit)

400 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
5 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
1/2 biji bawang merah besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis) sederhana besar
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar (pilihan jika suka)
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Meat ball (optional) jika suka (goreng dahulu)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kemudian masukkan cili giling tumis hingga masak, masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan meat ball
Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment