Wedding Story

Wednesday, December 17, 2014

CINAMON ROLL RESEPI





Setiap pukul 3 petang ada budak kecik yang sentiasa bertanya umi jom kita buat makanan .. adik tolong umi yea..okey
kita buat rotilah dik ..senang sikit..akak guna bahan yang sedia ada didapur. bagi sikit doh kat aqil macam-macam bentuk dia buat.
akak guna mixer.

CINAMON ROLL..
BAHAN-BAHANNYA 

900 gram tepung roti (high protein flour)
100 gram tepung serba guna (akak guna surfine flour)
200 gram gula kastor
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1 biji telur
22 gram instant yeast
100 gm butter
500 ml air suam

BAHAN TABUR 
4 camca besar butter dicairkan
1 cawan gula perang (brown sugar)*
1sudu makan serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1cawan kismis (umi guna mix fruit sebab itu jer yanng ada..)

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulatkan doh, letak dalam bekas dan biarkan selama 20 minit.

UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan-tekan dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
rehatkan 10 minit dan bakar dalam masa 20minit suhu 180C.
siap...

No comments:

Post a Comment