Wedding Story

Sunday, August 3, 2014

Sambal Telur





Masih dimood raya akak memohon maaf zahir dan batin diatas segala kesilapan dan kesalahan ..
seronok beraya yang lebihnya anak-anak melayan kerenah mereka beraya,
 hari ni anak akak minta masak Sambal Telur siap pesan nak bawa bekal pergi sekolah agama simpan sikit nanti nak makan balik sekolah ialah nak ..janji kamu sihat dan teguh iman lagi pun mungkin masing-masing dan pening lauk hari raya ..tapi umi sukaaa 

Bahan-bahan:
2 sudu cili kering yang telah di kisar
3 biji bawang putih di tumbuk
3 biji bawan merah kecil
1 sudu sos cili
5 biji telur ayam (rebus buang kulit dan goreng sekejap)
air asam jawa, garam, gula secukupnyer
minyak untuk menumis
1 cawan air

Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar hingga naik bau
masukkan cili kering,
tumis hingga garing atau masak
masukkan sos cili
masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
biarkan garing sampai mesra.
bila dah cukup rasa masukkan air.
masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau.
golekkan agak-agak sebati okey siap...