Wedding Story

Wednesday, December 17, 2014

CINAMON ROLL RESEPI





Setiap pukul 3 petang ada budak kecik yang sentiasa bertanya umi jom kita buat makanan .. adik tolong umi yea..okey
kita buat rotilah dik ..senang sikit..akak guna bahan yang sedia ada didapur. bagi sikit doh kat aqil macam-macam bentuk dia buat.
akak guna mixer.

CINAMON ROLL..
BAHAN-BAHANNYA 

900 gram tepung roti (high protein flour)
100 gram tepung serba guna (akak guna surfine flour)
200 gram gula kastor
5 gram garam halus
10 gram susu tepung
1 biji telur
22 gram instant yeast
100 gm butter
500 ml air suam

BAHAN TABUR 
4 camca besar butter dicairkan
1 cawan gula perang (brown sugar)*
1sudu makan serbuk kulit kayu manis*(*disatukan dan gaul rata2)
1cawan kismis (umi guna mix fruit sebab itu jer yanng ada..)

UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulatkan doh, letak dalam bekas dan biarkan selama 20 minit.

UNTUK CINNAMON ROLL :- Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara. Tekan-tekan dan canai sehingga menjadi 4 persegi (tabur sedikit tepung jika melekat). Sapu dengan mentega cair, tabur dengan gula perang+serbuk kayu manis tadi rata2. Akhir sekali ratakan kismis. Gulung seperti swissroll, gulung ketat2. Kerat dengan pisau tajam kepada 10 bahagian sama besar.
rehatkan 10 minit dan bakar dalam masa 20minit suhu 180C.
siap...

Friday, December 12, 2014

DOORGIFT FOR WALIMATUL URUS OR AQIQAH


Untuk 
memudahkan tuan rumah 
yang sibuk menguruskan keperluan mempelai
kami menyediakan khidmat menyediakan doorgift atau cenderahati untuk diberikan kepada tetamu,
dengan harga yang sangat berpatutan dan mampu milik untuk semua
jangan rasa ragu wasap akak..

Whatsapp: 019-232 2107 / 015-9261 7660 (kak umi)







Wednesday, December 3, 2014

KEK PENGANTIN



As salam ..untuk adik-adik yang bertanya..untuk penghantaran luar dari ampang memang ada charge delivery yea yang, yang lain boleh refer kat bawah ni :

KEK PENGANTIN 

JENIS : 
SPONGE CAKE / ICING BUTTERCREAM
PERASA : 
COKLAT / VANILA / STRAWBERRY / PANDAN / OREN.

WARNA: BOLEH IKUT TEMA YANG DIKEHENDAKI

HARGA :
3 TINGKAT (1/2KG+1KG+2KG) = RM200
4 TINGKAT (1/2KG+1KG+1.5KG+3KG) = RM300
5 TINGKAT (1/2KG+1KG+1.5KG+2KG+3KG) = RM400

====> tidak termasuk besi alas tu yea.





Saturday, November 29, 2014

Pelamin


Alhamdullilah....

Allah permudahkan segalanya....
Thanks laling-laling semua and emak & abah Amir Johari, yang sangat membantu,
 Jee terima kasih banyak-banyak,
 untuk singgahsana indah atau Pelamin indah
wasap kak umi 015-9261 7660
 msg: 019-232 2107
Selangkah ..memenuhi impian bakal mempelai 






Wednesday, November 19, 2014

BIRTHDAY CAKE


As salam
selesai tugas didapur  ..bolehlah relax-relax depan tv pulak yea tengok cerita kegemaran tapi hari ni cerita kat tv entah apa-apa entah tak ada yang menarik ..ke sebab mata ni nak lelap tapi risau takut terlelap ..kejap lagi nak hantar aqil lepas tu nak ambil kakak dia pulak,
petang ada appoinment dengan cik liza dari sme kena dengar ceramah dia pula hari ni ..
sesekali kena recharge bateri yang tinggal setengah ni ..
semangat semangat bak kata cik liza ..jangan putus asa semua kami tolong apa lagi masalahnya cik liza penyakit M ni banyak sangat
untuk sahabat dan adik-adik yang nak order BIRTHDAY CAKE
Wasap: 015-9261 7660
msg: 019- 232 2107
maaflah kalau call tek berangkat almaklumlah 
akak ni fulltime mama sibuknya Allah jer yang tau
terima kasih yang sudi memahami ..



Wednesday, November 12, 2014

Frozen cupcake



As salam
membelek benda yang kiut miut ni seronok,
 satu hari suntuk menyiapkan bunga-bunga yang berbagai warna untuk diletak sebagai hiasan atas cuppies
Warna biru yang menjadi kegilaan ketika ini frozen lama-lama akak pun suka warna biru 
awak...awak...awak suka warna apa
merah..biru 
tandanya i love you
ha..ha..ha 
kadangkala terbaca juga message untuk anak-anak
ala macam tak biasa dulu-dulu kita pun macam tu juga kan
zaman remaja 

inilah hobi mengisi masa lapang
sila-sila tengok nak order pun boleh 
wasap akak 015-9261 7660



Monday, November 10, 2014

BIRTHDAY CAKE



Hari ni dapat message manja..
leka bermain dengan cream untuk Birthday cake tiba-tiba teringat ni
tak apa nak bertanya tak salah dik, kak umi ni full time mama, suka bermain dengan tepung, gula bab-bab deco ni kak umi suka, bermain dengan warna lagi akak suka, latihan khusus untuk kek tak ada cuma akak pergi kelas anjuran private or kerajaan, sehingga sekarang akak masih belajar dik.

Ya.. akak anak didik Jabatan Pertanian ..masih dibawah pemantauan mereka.

Ya.. ada juga akak ambil tempahan untuk pelamin, hantaran selalunya hanya sahabat terdekat yang tau hobi akak, yepppp..akak memang suka bunga memang dalam rumah akak ni semua kalau boleh akak nak letak bunga.

Bab memasak ..yang ni harap maklum,
hanya untuk family sahaja...nak bagi mak mertua lauk pun gigil u...almaklum sedar kekurangan diri so jalan selamat beli lauk dikedai ha..ha..ha kan, tak apa mak mertua akak sporting so tak ada masalah bab-bab masak ni...sayang dua-dua mak ..
so ada lagi nak tanya..sila-sila ..


Friday, November 7, 2014

FROZEN CAKE


Party time
FROZEN CAKE ....


Salam seronok akak tengok pic yang dikirimkan oleh ibu Aifa, Farah terima kasih banyak-banyak farah,
 anak akak dah besar dah tak ada kelam kabut hantar kek ke tadika, dulu-dulu akak siap tunggu dekat tadika rasa macam party kat rumah pulak akak buat, tengok budak-budak comel berebut makan kek, lepas tu dapat goodies bag siap nyanyi-nyanyi lagi akak pun join sekali ha..ha, 
Memang masa sebegini sangat berharga dan inilah kenangan kita yang paling indah, tengok anak-anak senyum, rasa puashati sangat-sangat.
Selamat Hari lahir Aifa Sumayah ...mak cik doakan semoga aifa menjadi anak yang bijak dan solehah, sentiasa menghormati ibu dan ayah yang banyak jasanya menjaga aifa.
Terima kasih sekali lagi untuk Farah sokongan farah sangat-sangat akak hargai.

Thursday, November 6, 2014

Doorgift Murah




Salam untuk sahabat ...
 .. mungkin berlapang dada itu lebih baik dari memikirkan kerenah-kerenah manusia yang kadang kala tidak kita fahami dan apa yang mereka mahukan, segalanya nak diri mereka yang terbaik tanpa memikirkan hati-hati disekelilingnya yang dilukakan, berkali-kali dimaafkan dan berkali-kali itu jugalah diulang atau mungkin berdiam diri itu lebih baik. Buatlah selagi kamu boleh buat selagi tidak dikafankan dan disembahyangkan buatlah sehingga kamu rasa puas hati sesungguhnya segala janji Allah itu pasti.

Mengisi masa dengan berbuat sesuatu sekurang-kurangnya akak boleh mengurangkan beban tuan rumah dan Alhamdulillah ..dapat juga duit poket untuk belanja dapur.
Service kami hingga didepan pintu rumah anda.

Doorgift murah dari kami di Ummi's Oven Bakery
hanya RM3.50 / Paper Bag, Kek dalam cup dan sebotol air mineral
Wasap akak di 01592617660




Saturday, October 4, 2014

Birthday Cake


Salam Aidil Adha ..
aktiviti didapur sebelum mula merendang
Birthday cake ..
Terima kasih pada semua sahabat yang sudi menyokong akak 
maaf zahi batin atas semua kesilapan , minta halalkan apa yang yang terkurang atau yang terlebih
jom makan ..



Saturday, September 20, 2014

Sugar Cookies


Aktiviti sepanjang minggu ini
 suka bab pink-pink ni kalau boleh semua nak akak pinkkan
kali ni doorgift kawan akak dialam maya Puan Belina

Sugar Cookies ...
seronok bau cookies tu mak aiiii ..menggoda kalbu lepas bakar kenalah rasa hampir 6 keping baru okey  ..hi..hi..hi
lepas tu pack pulak bab  yang ni boleh ZZZzzzZZZzzz dengan reben
mata kat tv jerr bilalah nak siap  ..tapi siap juga akhirnya
tarraaaaa



Wednesday, September 10, 2014

Frozen Cake




Salam kesian rumah akak ni asyik kena tinggal jerr ,,
sibuk kat dapur dengan oven dengan periuk dengan kuali lepas tu kain baju bertimbun pergi kedai lagi beli barang dapur lepas tu amik kesempatan pergi urut-urut badan yang lenguh-lenguh ni memandangkan usia pun dah bertambah lepas tu makan dekat kedai mummy kawan baru lepas tu lupa  nak hapdate blog he..he..he lepas tu dapat pesanan  ringkas awak tu berniaga ke idak ...dan kakak pun  jawab lerr berniaga yang tu ha nun kat atas bukti aktiviti seharian Frozen Cake yang tengah hot.. ni nak tengok csi miami lagi pasti .. rugi tak tengok kannnn
haaa..adik-adik sekelian yang nak order kek comel kat atas tu 
wasap akak 01592617660
tak payah wasap yang bukan-bukan akak ni anak dah besar maknanya umur dah banyak..oopppssss betul kan... wasalam  ..

Sunday, August 3, 2014

Sambal Telur





Masih dimood raya akak memohon maaf zahir dan batin diatas segala kesilapan dan kesalahan ..
seronok beraya yang lebihnya anak-anak melayan kerenah mereka beraya,
 hari ni anak akak minta masak Sambal Telur siap pesan nak bawa bekal pergi sekolah agama simpan sikit nanti nak makan balik sekolah ialah nak ..janji kamu sihat dan teguh iman lagi pun mungkin masing-masing dan pening lauk hari raya ..tapi umi sukaaa 

Bahan-bahan:
2 sudu cili kering yang telah di kisar
3 biji bawang putih di tumbuk
3 biji bawan merah kecil
1 sudu sos cili
5 biji telur ayam (rebus buang kulit dan goreng sekejap)
air asam jawa, garam, gula secukupnyer
minyak untuk menumis
1 cawan air

Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang merah yang dikisar hingga naik bau
masukkan cili kering,
tumis hingga garing atau masak
masukkan sos cili
masukkan gula, garam dan asam jawa secukupnyer
biarkan garing sampai mesra.
bila dah cukup rasa masukkan air.
masukkan telur sebiji demi sebiji. jangan di kacau.
golekkan agak-agak sebati okey siap...

Sunday, June 29, 2014

KEK untuk HARI RAYA


Assalamualaikum ..
salam ramadhan untuk semua sahabat dialam maya, ramadhan datang lagi memberi makna bahawa umur kita semakin meniti kepenghujung, memberi "signal" apakah nilai tambah atau susut nilai dalam amal kita; yang pasti bukan untuk menunjuk pada manusia supaya sentiasa dipuji, dikatakan baik; tapi yang penting sekali adalah menambah amal kita pada Allah supaya ada bekalan kita diSANA nanti, setiap hari kita mendapat berita pemergian sahabat-sahabat kita, sayu terasa. selalu akak terfikir suatu masa pasti kita pasti menyusul kerana yang hidup pasti mati.
Tapi yang pasti hidup perlu diteruskan dengan Rahmat dan Restu dari ALLAH selagi ada daya selagi ada tenaga berusahalah kita tanpa putus asa.

Disini akak buka tempahan untuk hari raya 
Date untuk collect: 25 Julai 2014 (hari jumaat)
Lokasi: Ummi's Oven Bakery, Ampang Waterfront 2
Masa: 10.00 pagi hingga 4.30 petang
Berminat boleh Wassap: 019-9260 7661 atau SMS: 019-232 2107

KEK HARI RAYA.


Wednesday, June 25, 2014

CANDY BUFFET



Salam,
 lama betul tak kemas rumah akak ni, 
cari mood yang hilang duk sibuknya  dengan projek terkini, 
kami kini memberi khidmat CANDY BUFFET samada untuk Birthday Party atau Wedding Day
Pakej kami mengikut kemampuan anda
SMS akak untuk pertanyaan 019 232 2107 / wasap 015 92607661





Thursday, May 8, 2014

Promosi HARI IBU dan HARI GURU


As Salam sahabat ..
Sempena HARI IBU dan HARI GURU 
Promosi set 
WALNUT BROWNIES, 
CUPCAKE , 
CAKE in JAR 
atau 
PUSH POP CAKE
dengan harga yang sangat berpatutan 
Tempah sekarang .... 
SMS : 019- 232 2107
PM di FB PAGE : Ummi Oven Bakery




rindu dulu-dulu

Thursday, May 1, 2014

DOORGIFT JIMAT



RM3.50 / per jar (250ml) 

ada 200pcs, 

""''''''Stock Clearance"''''''''' +++++ sudu putih sahaja dan ribbon 

sementara stock masih ada

DOORGIFT JIMAT
sms kak umi 019-232 2107



Contoh bila siap seperti dibawah ..sudu putih sahaja



Tuesday, April 29, 2014

GIRL CUPCAKE



 Masa untuk bergumbira, 
bermain dengan fondant doh bentuk mengikut hati dan perasaan yang sangat happy
Girl Cupcake decoration
siap sudah dan ini hasilnya 
but
itu singa 
aqil kata meowww...meowww 
menyakat jerr kerja dia yeaaa

 meow ..meow..meow ...


Sunday, April 27, 2014

DECO KERETA


Salam ..
Cerita semalam .. 
Kunjungan dari sahabat usahanita sangat menyenangkan hati
 ialah kadangkala bila rasa macam nak terduduk dek cabaran yang mendatang membuatkan kita 
kadangkala rasa hidup kat dunia ni seorang seorang berjuang cuba menempatkan diri di dalam barisan usahawan-usahawan yang sudah kukuh, 
akak yang baru 6 bulan berdiri mencuba dengan sedaya usaha agar terus berdiri agar sebaris dengan mereka orang kata kalau baby baru nak merangkak,
 cuba keluar dari zon biasa,
 mudah-mudahan Allah berikan keberkatan dan kejayaan dalam usaha akak ni,
Deco fondant kereta tempahan rakan akak ain dari team usahanita akak sangat-sangat akak hargai terima kasih sahabat.



Thursday, April 24, 2014

Door Gift Bag


 Salam untuk semua sahabat
Terima kasih untuk linda yang sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery
Goodies bag / DOOR GIFT bertemakan Frozen untuk anakanda tersayang Jasmine yang comel dan cute 
Happy Birthday sayang
semoga Jasmine berjaya didunia dan akhirat.



Khidmat kami mengikut tema dan budget yang diberikan oleh sahabat.
Pertanyaan disini
Whatsapp: 015-9261 7660 / SMS: 019-232 2107 (Kak Umi)

Tuesday, April 15, 2014

PIZZA COMEL


Salam pagi-pagi dah bergaduh dengan mixer ..
uli tepung untuk doh PIZZA comel comel ni rasa hilang semua stress tengok doh tu dok elok tak melekat dengan mangkuk..syukur mudah jalannya ..nanti duk pulak diam diam supaya lagi nampak cantik yea, supaya kamu jadi sedap dan enak bilak dimakan, 
campuran sos tu kena balance rasa dia, masam manis sayang cinta semua ada ..letak pulak lada hijau merah kuning taburkan pulak dengan parutan cheddar lepas cik mozarella renjiskan sedikit cik parmesan pulak akhirnya hiaskan dengan mayonis yang sedapppp bagi nampak meleleh..
so yummy
haaaaaa ni dia yang dah siap yang ni akak makAn dulu nak bagi rasa sedap ke tidak kan..kan..kan
sila.. sila.. sila