Wedding Story

Tuesday, July 2, 2013

Sambal Ikan Bilis




Sambal Ikan Bilis 
(Sumber: Bondaku)
Bahan-bahan untuk Sambal Kering Ikan Bilis,
1 keping tempe
200 gm ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan)
100 gm kacang tanah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili giling (cili boh pun boleh)
1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
1/2 sudu kecil gula / secukup rasa
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan kering yang digoreng;
tempe dihiris nipis dan gorengkan sehingga garing
Ikan Bilis (digoreng garing)
Kacang Tanah (digoreng garing)

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung.
3. Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.
4. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.
5. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan tempe yang telah digoreng garing ke dalam kuali.
Perlahankan api dan gaul rata biar sambal betul-betul kering barulah boleh diangkat. (jangan terlalu lama bagi mengelakkan ikan bilis menjadi liat)

No comments:

Post a Comment