Wedding Story

Friday, June 28, 2013

SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E


  
SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E
 

1SET / RM50 (free postage)
 

- Mencerahkan kulit wajah.
- Mengatasi kulit kusam
- Menghilangkan kesan-kesan jerawat juga jeragat
- Menjadikan tona kulit wajah menjadi sekata
...

Caranya;
- Cuci muka dengan sabun collagen
- Sapu krim collagen malam pada waktu malam
dan siang pada waktu siang

Sangat mudah tiada pengelupasan..
akak gunakan sendiri ..balik bercuti dari Terengganu kulit lebam, kusam dengan jerawat mungkin terlalu banyak makan seafood..almaklum sotong, ketam, ikan segar baru naik dari laut  dicelup dalam tepung dan digoreng depan mata ..apa lagi selera tak ingat lain dah ..saat yang tak boleh lupa kami bertanya mana nasi ..pak cik yang goring tu geleng kepala ..adik kata mana ada nasi kena makan macam ni  ..huuuupppss biar betul ..semua orang kat situ tersenyum ..malunya ..cuba sekali memang sedap apa lagi berkali-kali habis satu pinggan ..dan bila balik jerawat tapi bila anak buah bagi ni dalam masa 3 hari kulit jadi normal balik tak menggelupas ..pedih pun tak ada ..lega so nak bagi kat kawan-kawan pun rasa yakin sebab akak dah cuba ...sms akak untuk pertanyaan yea

Monday, June 17, 2013

Kek Bola Amad

 great memories begin with ... a small bite

Kek..kek..kek bola untuk peminat tegar Kelantan  FC ..amad  dah jangan buat umi (ibu amad) berlari 100 meter mengejar amad hari ni kesian dia ..takut aunty tengok termengah-mengah ibu amad tau .. ajak abi tak apa ok amad ..

Sunday, June 16, 2013

Rossette chocolate cake


great memories begin with ... a small bite


Terima kasih eita .. terima kasih daun keladi mudah-mudahn dengan izinNYA kita berurusan lagi 

Thursday, June 13, 2013

Kerabu Mangga



Mood malas nak masak akak google dan dapat ni .. tekak nak yang masam .. taraaa dah siap akak makan yea ..hmmmm sedap masam-masam manis ni ....
Terima kasih cik Mat Gebu.

Kerabu Mangga
Sumber /copy : Dari dapur Cik Mat Gebu
(Dapur Tanpa Sempadan)

BAHAN-BAHANNYA 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA 
Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.


Saturday, June 1, 2013

Purple buttercream

 great memories begin with ... a small bite

Hantaran tanda pengikat cinta ..ungu menjadi pilihan untuk tema hari yang bersejarah..semoga pasangan Ara dan Faiz berbahagia hingga ke syurga 
terima kasih pada yati dan keluarga sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery.