Wedding Story

Thursday, May 16, 2013

Menu tengahari kami

 sweet memories begin with ... a small bite

Menu tengahari hari ini
 tumis kacang botol dengan ikan bilis dan tenggiri masak kicap
 nampak gaya minggu ni asyik masak kicap, ayam masak rempah kena ada kicap, daging goreng hitam juga kena ada kicap tak apalah yang penting anak-anak makan, aqil dengan kiera belum habis nasi kat pinggan dah pesan esok umi masak telur macam ni umi letak kacang pis yea ...kicap lagi ...luqman esok umi masak nasi lemak dengan sambal, ikut jerlah nak oii janji korang makan ..

resepi untuk kacang botol yang sangat simple dan kosnya ciput sangat, 

Kacang botol tumis ikan bilis
Bahan-bahan:

15 tangkai kacang botol - dihiris 1/2 inci panjang
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 sudu besar cili giling
Segenggam ikan bilis 
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara-cara
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis tumbuk jangan halus sangat.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk kasar tadi. 
Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili giling tumis hingga masak cili.
Masukkan kacang botol dan garam.

Gaul sebati.
Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
*Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik tak sedap 
makan dengan nasi panas ..wahhh       

No comments:

Post a Comment