Masak ketam cili telur

 great memories begin with ..a small bite

Mood tengah ada nak masak ..so jom kita pergi dapur masak ketam cili telur akak lebihkan air bagi dia berkuah sikit, nak ambil telur tu cicah dengan roti, nak pedas lebihkan cili yea ..
resepi ada kat bawah .. manis-manis pedas, sumber majalah saji 

Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
2 ulas Bawang Putih - ketuk sahaja
1 labu bawang besar -potong dadu
4 sudu makan Cili Kering - dikisar
2 sudu makan Sos Cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil Cuka (optional) - (akak ganti dengan air asam jawa...)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit)

Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
2.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg telah pukul. Biarkan seketika baru balik-balikkan ketam, sentiasa kacau masa masukkan telur.
5.Hidangkan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar, daun bawang atau bawang goreng.

Comments

Popular posts from this blog

Ikan Pari Bakar

Barbie Cake