Wedding Story

Tuesday, May 7, 2013

Chewy Brownies


Teringin pulak nak makan brownies asyik tengok kat blog minah saleh tergoda juga akhirnya dan inilah hasilnya rupa dia langsung tak cantik, tapi bila makan tak nak berhenti, akak letak kacang banyak-banyak ikut selera sendiri ..memang puashati jom meh sini akak kongsikan resepi dia yea simple tak adalah banyak sangat bahan cuma kacang akak tukar asyik kacang yang berkedut tu jerr ..akak tukar ke kacang yang putih    
melepak memang ummpphh ..nah buat 

Bahan-bahan:
6 biji telur gred b
3 cawan gula castor
2 ¼ cawan tepung serbaguna
1 cawan butter cair
6 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 ½ sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
250 gram walnut (akak tukar macadamia nut)

Caranya:
1. Satukan butter cair, koko dan gula castor.
2. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit jangan sampai kembang.
3. Masukkan tepung, garam dan baking powder.
(ayak dulu ..)
4. Masukkan esen vanilla dan walnut. Gaulkan sebati.
5. Masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit butter dan taburkan sedikit tepung.
6. Bakar dengan suhu 180°C ..ikut jenis oven selama 20 minit atau sehingga masak.
 — with Umi Rosmah.

No comments:

Post a Comment