Wedding Story

Tuesday, May 28, 2013

Wedding cake story


great memories begin with ..a small bite




Memulakan hari dengan membaca "Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani"
bila dapat msg hari ini dengan kata-kata sinis dari seorang hamba Allah tidak akan kayanya kamu dengan menayang hasil kerja kamu yang tak bagus ..perasan 

Kak umi jawab disini yea .. 
hasil kerja ini hasil kerja kak umi bukan dengan sehari dua tapi bertahun-tahun menimba ilmu dengan cikgu-cikgu masakan yang bertauliah atau yang lebih pengalaman dari kak umi .. kak umi ganti dengan sedikit bayaran yang tak berbaloi pun sebenarnya denggan penat lelah mereka yang mengajar kak umi sehingga boleh berdiri sendiri
... betul kak umi bukan yang terbaik tapi sekurang-kurangnya akak berusaha untuk menjadi antara yang terbaik sebab cita-cita akak satu hari nanti akak akan mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik dan dihormati..
tidak pernah berniat untuk bermegah tapi sekurang-kurangnya ini membantu untuk promosi dan mendapat sedikit imbuhan dari titik peluh sendiri .. tidak perlu meminta-minta 
Kaya ..miskin dengan izin Allah sahaja ..
Allah menyuruh hambanya berusaha agar hidup lebih selesa bukan hanya bermegah seperti mat jenin yang mati berangan ..
Kak umi doakan semoga Allah buka pintu hati kamu berubah kepada yang lebih positif ..


Wednesday, May 22, 2013

TART NANAS BUAH-BUAHAN


Sangat indah dan cantik, rasanya pasti sedap sekali ..sesuai untuk hamper, doorgift, diberikan pada orang yang istimewa sebagai hantaran ..sebagai hidangan diatas meja yang pasti memukau setiap pandangan dan lirikkan ..


diletak didalam bekas @ kotak yang cantik dan kemas


 idea kreatif dan unik ..hampir serupa 


 jambu yang jambu dan menggoda kalbu...


Tart nanas buah-buahan yang sangat comel dan sedap ..
pandangan mata pasti tertumpu kearahnya 
berminat sms kak umi di 019-232 2107
great memories begin with ..a small bite

Monday, May 20, 2013

Masak ketam cili telur

 great memories begin with ..a small bite

Mood tengah ada nak masak ..so jom kita pergi dapur masak ketam cili telur akak lebihkan air bagi dia berkuah sikit, nak ambil telur tu cicah dengan roti, nak pedas lebihkan cili yea ..
resepi ada kat bawah .. manis-manis pedas, sumber majalah saji 

Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
2 ulas Bawang Putih - ketuk sahaja
1 labu bawang besar -potong dadu
4 sudu makan Cili Kering - dikisar
2 sudu makan Sos Cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil Cuka (optional) - (akak ganti dengan air asam jawa...)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit)

Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
2.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg telah pukul. Biarkan seketika baru balik-balikkan ketam, sentiasa kacau masa masukkan telur.
5.Hidangkan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar, daun bawang atau bawang goreng.

Thursday, May 16, 2013

Menu tengahari kami

 sweet memories begin with ... a small bite

Menu tengahari hari ini
 tumis kacang botol dengan ikan bilis dan tenggiri masak kicap
 nampak gaya minggu ni asyik masak kicap, ayam masak rempah kena ada kicap, daging goreng hitam juga kena ada kicap tak apalah yang penting anak-anak makan, aqil dengan kiera belum habis nasi kat pinggan dah pesan esok umi masak telur macam ni umi letak kacang pis yea ...kicap lagi ...luqman esok umi masak nasi lemak dengan sambal, ikut jerlah nak oii janji korang makan ..

resepi untuk kacang botol yang sangat simple dan kosnya ciput sangat, 

Kacang botol tumis ikan bilis
Bahan-bahan:

15 tangkai kacang botol - dihiris 1/2 inci panjang
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 sudu besar cili giling
Segenggam ikan bilis 
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara-cara
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis tumbuk jangan halus sangat.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk kasar tadi. 
Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili giling tumis hingga masak cili.
Masukkan kacang botol dan garam.

Gaul sebati.
Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
*Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik tak sedap 
makan dengan nasi panas ..wahhh       

Monday, May 13, 2013

Almond Chocolate cake

great memories begin with ... a small bite

Kek untuk sahabatku kak maz and the gang ..
terima kasih kak masih terus sudi berurusan dengan kami 
berminat sms kak umi 019 - 232 2107
fresh  dari oven kepintu rumah anda 

Chocolate cake

 great memories begin with ... a small bite

Kek comel anggaran 1/2 kg ..untuk makan-makan family   

Wednesday, May 8, 2013

BABY SHOWER CAKE



great memories begin with a ... small bite

Salam kek untuk baby Amanda .. 
terima kasih untuk mommy dan daddy baby amanda tak sabar nak dukung dia ..lega sangat-sangat bila mommy amanda beritahu dia puashati rasanya itulah ubat hilang penat yang paling mujarab ..semalaman bermain dengan doh tapi seronok tak terasa pun hingga cik hubby beritau dah pukul 1am ..haa ya ke ..patutlah sunyi semua tentera akak dah masuk tidur rupanya,
tak apa hari ni boleh tidur awal esok baru mula tugasan yang lain ... terima kasih anak-anak umi dapur dah siap kemas ..bolehlah umi bersantai-santai sambil bersilat dengan kain baju depan tv tengok cerita yang umi suka criminal mind ...


Tuesday, May 7, 2013

AURA WHITE GLUTACOLLAGEN




AURA WHITE GLUTACOLLAGEN

Salam semua sahabatku,
Sesiapa yang nak order atau pre-order pm akak atau sms 019-232 2107(kak umi).

Cara-cara pengambilan:
Cara Minum (2 Kali Sehari) :

1. Bancuh 2 scoop Aura White dengan 120ml - 150ml air masak biasa / sejuk menggunakan shaker. Minum 30 minit sebelum sarapan pagi (perut kosong).

2. Bancuh 2 scoop Aura White dengan 120ml - 150ml air masak biasa / sejuk menggunakan shaker. Minum sebelum tidur. Penyerapan zat khasiat lebih sempurna pada waktu malam.

Amalkan setiap hari tanpa berputus asa dan sabar 
juga amalkan minum air masak dan minum 1 sudu kecil olive oil sebelum tidur setiap hari.

Terima kasih luv...luv ..lah


Chewy Brownies


Teringin pulak nak makan brownies asyik tengok kat blog minah saleh tergoda juga akhirnya dan inilah hasilnya rupa dia langsung tak cantik, tapi bila makan tak nak berhenti, akak letak kacang banyak-banyak ikut selera sendiri ..memang puashati jom meh sini akak kongsikan resepi dia yea simple tak adalah banyak sangat bahan cuma kacang akak tukar asyik kacang yang berkedut tu jerr ..akak tukar ke kacang yang putih    
melepak memang ummpphh ..nah buat 

Bahan-bahan:
6 biji telur gred b
3 cawan gula castor
2 ¼ cawan tepung serbaguna
1 cawan butter cair
6 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
1 ½ sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
250 gram walnut (akak tukar macadamia nut)

Caranya:
1. Satukan butter cair, koko dan gula castor.
2. Masukkan telur yang telah dipukul sedikit jangan sampai kembang.
3. Masukkan tepung, garam dan baking powder.
(ayak dulu ..)
4. Masukkan esen vanilla dan walnut. Gaulkan sebati.
5. Masukkan dalam loyang yang dah disapu sedikit butter dan taburkan sedikit tepung.
6. Bakar dengan suhu 180°C ..ikut jenis oven selama 20 minit atau sehingga masak.
 — with Umi Rosmah.

Monday, May 6, 2013

Frill wedding cake


Masih baru pengantin ni ...so cik ros nak ucap selamat pengantin baru semoga bahagia hingga keakhir hayat kalau gaduh-gaduh meh cik ros tolong tambah bagi huru hara lagi ha..ha..ha tak adalah, anak sedara yang paling nakal, paling manja minat sangat berniaga dia berniaga kami semua sekali dia babitkan sekali hmm..tuan punya Butik Pengantin Dania ..cucu sulung dalam family kami memang meriah sakan kenduri dia habis satu kampung dari Parit Raja datang ke Hulu Langat meraikan kedua mempelai sehati sejiwa ni, kami mak cik-mak cik dia tak menang tangan 3 minggu berturut-turut sabtu dan ahad berumah tangga dilangat, tapi lega majlis sangat meriah dengan semua sedara-mara, kawan-kawan juga jiran tetangga ..
lega sudah kakakku yang macam nak pitam sehari sebelum kenduri kalau teringat kelakar pun ada, tugas ku dengan adik dan kakak yang lagi sorang menyediakan pelamin dan segala benda termasuk menyambut tetamu ...tak sangka anak buah yang lain pula semua pandai bawa diri ada yang mengemas, mencuci, juru make-up ..memang terbaiklah anak-anak buahku mesti terasa sunyi nanti bila berkumpul sebab ekin yang selalu mengusik adik yang kecil dah ikut suami .. Selamat Pengantin Baru LeEk ......