Wedding Story

Thursday, February 7, 2013

Sotong sambal


great memories begin with ... a small bite


Sotong kering beli kat Keramat depan imkeda dekat kedai pak cik negeri sembilan, mula cuma nak cari gula merah nak buat buah melaka, pegang sotong tu ..pak cik tu kata buat sambal sedap ..siap ajar lagi macam mana nak buat sambal, ok juga kan ikut yang dia pesan tumis tu biar betul-betul masak ..memang sedap ni resepi pak cik tu ...  

Resepi:
6 keping sotong kering 
(rendam sehingga lembut akak rendam 2 jam dengan air suam)
5 sudu makan cili giling
*4 ulas bawang merah kecil
*2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa
minyak masak secukupnya untuk menumis

Caranya:
1. Blend bawang putih dan merah, potong bulat bawang besar.
2. Panaskan minyak tumis bawang  sehingga wangi, masukkan belacan dan cili giling tumis hingga separuh masak masukkan bawang besar, teruskan tumis cili hingga terbit minyak.
4. Masukkan sotong yang telah dipotong, biarkan sehingga masak.
5. Masukkan garam, gula secukup rasa, masukkan juga sedikit air asam jawa .
6. Bila sotong masak dan lembut padamkan api. Boleh hidang dengan nasi lemak atau nasi putih.


No comments:

Post a Comment