Wedding Story

Monday, December 9, 2013

Thursday, November 28, 2013

Kelas cupcake untuk anak-anak 7 December 2013


Assalamualaikum...
cupcake dan deco class untuk anak-anak berumur 7th hingga 15th dibuka, terhad 10 orang, bawa apron sahaja.

cara bagaimana:
--> Membuat cupcake, icing dan cara menghias.
--> Class pada 7 dec 2013, 
--> Masa 10.30am hingga 4.30pm, yuran RM90.
--> Makan tengahari disediakan.
--> cupcake: vanilla, coklat, 
--> 16 biji cupcake dibawa pulang
PM untuk pertanyaan or sms:019-232 2107





Tuesday, October 29, 2013

Cake in A Jar

 Rainbow Cake

Chocolate Cake

Setelah  sekian hari tidak mengupdate' diari hobiku ..
inilah kek dalam jar yang tengah hot kat kedai akak sangat sesuai dijadikan cenderahati juga hantaran atau diberikan sebagai hadiah kepada orang tersayang, rasa seronok membelai tepung untuk dijadikan sesuatu yang indah dimata dan sedap untuk dirasa 
terima kasih nenny dan azan untuk semua idea ni dan silalah datang lagi kekedai akak yang cumell tu yea

Thursday, September 26, 2013

Cake..cake..cake


Salam ..antara jenis-jenis kek  yang kami buat.
Untuk tempahan dan pertanyaan: PM me
or sms: 019-232 2107(kak umi) / 017-238 6201 (amy)
Harga: Berbeza .... mengikut jenis/perisa, fondant,
buttercream, fresh cream, juga penambahan hiasan seperti Edible Image,
jenis  bunga, figurine atau model-model kecil.
 
Kami juga menyediakan khidmat penghantaran dengan kos yang amat berpatutan.

Sila nyatakan dengan jelas untuk kemudahan bersama insyaallah
.

Tuesday, September 17, 2013

Vanilla Honey Cute Cuppies

 great memories begin with a small bite

Vanilla Honey Cute Cuppies @ Ummi's Oven Bakery
0.60sen sahaja 
sms: 019-232 2107 (kak umi)

Tea Pot Wedding Cake

 great memories begin with a small bite ...

Teko kek ..
yang sangat mencabar tapi syukur jadi juga akhirnya..
 terima kasih azan, neny dan famili

Monday, September 16, 2013

Mr.Photographer Cake

 great memories begin with  a small bite ...

Terima  kasih pada  azan, neny dan famili   

Thursday, September 12, 2013

BAG CAKE



Beg merah beg biru, u marah i lap u  ..

Salam baru berkesempatan mengemas kini rumah yang dah berhabuk ni, kena guna feather duster pulak   nak buang sawang-sawang ni, inilah jadinya kalau dah terlalu sibuk berurusan dengan oven sampai terlupa rumah dah berhabuk .. imej kat atas tu aktiviti terbaru untuk meraikan hari lahir kakak pada sahabat kak umi, terima kasih aini diatas sokongan yang sentiasa aini beri yang kadangkala semangat itu tergelincir dari landasan ..terima kasih sekali lagi dan datanglah lagi ..

Tuesday, July 23, 2013

IKAN MASAK ACAR


Teringat kat bonda kat kampung lama tak jenguk dia .. 
bonda kata sesibuk mana pun masak untuk anak dan suami nak beli boleh tapi jangan selalu, tapi anakmu ni malesss bukan main bonda ..
bonda sibuk dengan bisnes dodol tapi tetap masak sendiri....pengat pisang kegemaran bapa mesti ada kat meja walaupun nampak penat sangat
 mesti bonda tak menang tangan melayan kerenah pelanggan ehemm..ehemm  
kena tambah pembantu tu bonda
resepi  kat bawah ni bonda yang bagi mudah dan ringkas bonda kata jangan nak bagi alasan lagi .. kalau tak cukup bahan satu dua tu tak payah nak jadikan alasan gantung periuk ..he..he peace....... pandai bonda membaca apa yang tersirat dihati anakmu ini ..
ialah akan ku patuh pesanmu itu wahai bonda 
dan inilah hasilnya ..wahhhh mengancam jugakan 
bukan nak tunjuk pandai masak tapi sememangnya memandai-mandai 


Ikan masak acar 
Sumber:Bondaku
Bahan-bahan:
2 ekor Bawal 
1/2 batang timun - dipotong memanjang 
1/2 batang lobak - dipotong memanjang
3 btg Cili Merah
3 btg Cili Hijau (cili merah dan hijau belah empat)
5 biji Bwg Merah
3 ulas Bwg Putih (dibelah dua)
1/4 cwn Air
2 sb Cuka, Garam, Gula
4 sb Cili Mesin
Bahan untuk dikisar:
*1 biji Bwg Besar
*2 ulas Bwg Putih
*1 sudu besar Udang Kering
*1 biji Buah Keras
*1/2 inci Halia
Kiub pati ayam jika suka.

CARA2:
1. Ikan digaul dengan serbuk kunyit dan garam. Digoreng dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cuka, garam, kiub ayam dan gula.
Masukkan air & biar mendidih.
Masukkan cili besar, timun dan lobak merah
Masak sebentar sahaja sehingga sebati rasa.
Masukkan ikan goreng
3. Hidangkan dengan nasi putih.

Sunday, July 14, 2013

CHOCOLATE CHIP


great memories begin with ... a small bite


great memories begin with ... a small bite


Chocolate chip ...
 sentuhan kalbu kiera kata tergelak kami semua, tanya kenapa ..ialah bila umi buat bau dia mengugat kalbu kakak ni tau ..belum rasa lagi .. nanti kakak nak bawa pergi sekolah ..puasakan ..tak apa bukan nak makan nak suruh kawan-kawan kakak bawa balik biar derang makan masa berbuka nanti ..ialah suka hati kakaklah
Chocolate chip  yang penuh dengan rasa chocolate dan taburan almond fresh from oven ... menanti untuk dirasa bukan sekarang tapi masa berbuka nanti  ..

Sunday, July 7, 2013

Persediaan Ramadhan


PERSEDIAAN RAMADHAN...
Niat puasa dan doa berbuka puasa
~
www.ahmad-sanusi-husain.com

#Ramadhan #Ramadan #Puasa

FRUIT TART

 great memories begin with .... a small bite

Salam ..dua tiga hari lepas siapkan tart untuk sahabat ..kali ni melayan selera dan kehendak anak, nak juga macam yang umi buat untuk kawan umi tu yang ada baby dua orang tu .. baby dia comelkan umi bijak pulak tu adik nak amik baby dia .. haaa..nanti mummy dia nangis umi tak tau.. cakaplah aunty annie panjang benar dia punya intro, umi buatkan kejap lagi ..penat belum hilang dah habis tinggalkan sikit untuk ayah ..ok 3 ketul jer???? 

Thursday, July 4, 2013

UPIN IPIN CAKE

 Great memories begin with ... a small bite

Kek untuk cute boy Faiz hepi besday faiz ..
memang kagum tengok dia turun tangga dengan tangan kiri kanan memegang novel wahh ..suka tengok faiz, 
semoga besar nanti jadi anak yang baik beriman dan bijak aminn jumpa lagi insyaallah ..
terima kasih untuk mama dan ayah Faiz ..

Tuesday, July 2, 2013

Sambal Ikan Bilis




Sambal Ikan Bilis 
(Sumber: Bondaku)
Bahan-bahan untuk Sambal Kering Ikan Bilis,
1 keping tempe
200 gm ikan bilis kering (yang sudah dibersihkan)
100 gm kacang tanah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
2 sudu besar cili giling (cili boh pun boleh)
1/2 sudu kecil garam / secukup rasa
1/2 sudu kecil gula / secukup rasa
Asam Jawa
Minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan kering yang digoreng;
tempe dihiris nipis dan gorengkan sehingga garing
Ikan Bilis (digoreng garing)
Kacang Tanah (digoreng garing)

Cara-cara :
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar hingga naik bau.
2. Masukkan cili boh dan masak sehingga betul-betul masak iaitu bertukar kepada warna merah gelap. Cili hendaklah dimasak dengan betul supaya baunya tidak maung.
3. Masukkan gula, garam, perasa dan air jawa.
4. Untuk tahu sambal telah matang (cukup masak), sambal akan berwarna merah pekat gelap.
5. Setelah itu baru masukkan ikan bilis, kacang dan tempe yang telah digoreng garing ke dalam kuali.
Perlahankan api dan gaul rata biar sambal betul-betul kering barulah boleh diangkat. (jangan terlalu lama bagi mengelakkan ikan bilis menjadi liat)

Friday, June 28, 2013

SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E


  
SET COLLAGEN PLUS VITAMIN E
 

1SET / RM50 (free postage)
 

- Mencerahkan kulit wajah.
- Mengatasi kulit kusam
- Menghilangkan kesan-kesan jerawat juga jeragat
- Menjadikan tona kulit wajah menjadi sekata
...

Caranya;
- Cuci muka dengan sabun collagen
- Sapu krim collagen malam pada waktu malam
dan siang pada waktu siang

Sangat mudah tiada pengelupasan..
akak gunakan sendiri ..balik bercuti dari Terengganu kulit lebam, kusam dengan jerawat mungkin terlalu banyak makan seafood..almaklum sotong, ketam, ikan segar baru naik dari laut  dicelup dalam tepung dan digoreng depan mata ..apa lagi selera tak ingat lain dah ..saat yang tak boleh lupa kami bertanya mana nasi ..pak cik yang goring tu geleng kepala ..adik kata mana ada nasi kena makan macam ni  ..huuuupppss biar betul ..semua orang kat situ tersenyum ..malunya ..cuba sekali memang sedap apa lagi berkali-kali habis satu pinggan ..dan bila balik jerawat tapi bila anak buah bagi ni dalam masa 3 hari kulit jadi normal balik tak menggelupas ..pedih pun tak ada ..lega so nak bagi kat kawan-kawan pun rasa yakin sebab akak dah cuba ...sms akak untuk pertanyaan yea

Monday, June 17, 2013

Kek Bola Amad

 great memories begin with ... a small bite

Kek..kek..kek bola untuk peminat tegar Kelantan  FC ..amad  dah jangan buat umi (ibu amad) berlari 100 meter mengejar amad hari ni kesian dia ..takut aunty tengok termengah-mengah ibu amad tau .. ajak abi tak apa ok amad ..

Sunday, June 16, 2013

Rossette chocolate cake


great memories begin with ... a small bite


Terima kasih eita .. terima kasih daun keladi mudah-mudahn dengan izinNYA kita berurusan lagi 

Thursday, June 13, 2013

Kerabu Mangga



Mood malas nak masak akak google dan dapat ni .. tekak nak yang masam .. taraaa dah siap akak makan yea ..hmmmm sedap masam-masam manis ni ....
Terima kasih cik Mat Gebu.

Kerabu Mangga
Sumber /copy : Dari dapur Cik Mat Gebu
(Dapur Tanpa Sempadan)

BAHAN-BAHANNYA 
2 - 3 biji mangga muda (ikut saiz, kalau kecik guna 3, kalau besar guna 2)
1 biji tomato, belah 4, buah bahagian tengahnya dan hiris
1 biji bawang besar, mayang halus
1 genggam kacang tanah yang telah digoreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, dan goreng hingga garing
4 biji cili padi, hiris halus
1 ulas bawang putih, cincang halus
1 1/2 camca besar sos ikan
1 camca besar penuh gula
1 biji limau nipis, perah jusnya
Beberapa helai daun salad, cuci dan toskan

CARA MEMBUATNYA 
Kupas mangga muda, kemudian rendam dalam air 15 minit untuk membuang getahnya. Toskan dan hiris halus. Masukkan ke dalam mangkuk bersama hirisan bawang dan tomato. Gaul rata. Ketepikan.
Satukan sos ikan, gula, bawang putih, cili padi dan jus limau nipis dalam mangkuk, kacau rata2 dan curah dalam mangkuk berisi mangga hiris dan bahan2 lain. Gaul rata. Tambah kacang tanah dan ikan bilis, gaul lagi dan sesuaikan rasa.
Alas bekas sesuai dengan daun salad. Alihkan kerabu atas daun salad dan abur sedikit ikan bilis goreng dan kacang tanah yang telah diasingkan atasnya sebelum menghidang. Hidangkan segera bersama nasi dan lauk2 lain.


Saturday, June 1, 2013

Purple buttercream

 great memories begin with ... a small bite

Hantaran tanda pengikat cinta ..ungu menjadi pilihan untuk tema hari yang bersejarah..semoga pasangan Ara dan Faiz berbahagia hingga ke syurga 
terima kasih pada yati dan keluarga sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery. 

Tuesday, May 28, 2013

Wedding cake story


great memories begin with ..a small bite




Memulakan hari dengan membaca "Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani"
bila dapat msg hari ini dengan kata-kata sinis dari seorang hamba Allah tidak akan kayanya kamu dengan menayang hasil kerja kamu yang tak bagus ..perasan 

Kak umi jawab disini yea .. 
hasil kerja ini hasil kerja kak umi bukan dengan sehari dua tapi bertahun-tahun menimba ilmu dengan cikgu-cikgu masakan yang bertauliah atau yang lebih pengalaman dari kak umi .. kak umi ganti dengan sedikit bayaran yang tak berbaloi pun sebenarnya denggan penat lelah mereka yang mengajar kak umi sehingga boleh berdiri sendiri
... betul kak umi bukan yang terbaik tapi sekurang-kurangnya akak berusaha untuk menjadi antara yang terbaik sebab cita-cita akak satu hari nanti akak akan mendidik anak bangsa menjadi yang terbaik dan dihormati..
tidak pernah berniat untuk bermegah tapi sekurang-kurangnya ini membantu untuk promosi dan mendapat sedikit imbuhan dari titik peluh sendiri .. tidak perlu meminta-minta 
Kaya ..miskin dengan izin Allah sahaja ..
Allah menyuruh hambanya berusaha agar hidup lebih selesa bukan hanya bermegah seperti mat jenin yang mati berangan ..
Kak umi doakan semoga Allah buka pintu hati kamu berubah kepada yang lebih positif ..


Wednesday, May 22, 2013

TART NANAS BUAH-BUAHAN


Sangat indah dan cantik, rasanya pasti sedap sekali ..sesuai untuk hamper, doorgift, diberikan pada orang yang istimewa sebagai hantaran ..sebagai hidangan diatas meja yang pasti memukau setiap pandangan dan lirikkan ..


diletak didalam bekas @ kotak yang cantik dan kemas


 idea kreatif dan unik ..hampir serupa 


 jambu yang jambu dan menggoda kalbu...


Tart nanas buah-buahan yang sangat comel dan sedap ..
pandangan mata pasti tertumpu kearahnya 
berminat sms kak umi di 019-232 2107
great memories begin with ..a small bite

Monday, May 20, 2013

Masak ketam cili telur

 great memories begin with ..a small bite

Mood tengah ada nak masak ..so jom kita pergi dapur masak ketam cili telur akak lebihkan air bagi dia berkuah sikit, nak ambil telur tu cicah dengan roti, nak pedas lebihkan cili yea ..
resepi ada kat bawah .. manis-manis pedas, sumber majalah saji 

Bahan-bahan:
2 ekor Ketam
2 ulas Bawang Putih - ketuk sahaja
1 labu bawang besar -potong dadu
4 sudu makan Cili Kering - dikisar
2 sudu makan Sos Cili
1 sudu makan sos tomato
2 sudu kecil Cuka (optional) - (akak ganti dengan air asam jawa...)
Garam & Gula (secukup rasa)
2 biji Telur (dipukul sedikit)

Cara-cara
1.Kopek kulitnya & bersihkan. Sepit ketam pula harus diketuk supaya mudah dimakan isinya.
2.Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau, masukkan cili kering dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan pula sos cili & sos tomato. Gaul rata.
3.Bila sudah agak garing, masukkan pula cuka, garam & gula. Masukkan 1/2 cawan air bersama ketam yg tlh dibersihkan tadi. Gaul rata.
4.Tuangkan telur yg telah pukul. Biarkan seketika baru balik-balikkan ketam, sentiasa kacau masa masukkan telur.
5.Hidangkan ketam dgn sedikit hirisan daun ketumbar, daun bawang atau bawang goreng.

Thursday, May 16, 2013

Menu tengahari kami

 sweet memories begin with ... a small bite

Menu tengahari hari ini
 tumis kacang botol dengan ikan bilis dan tenggiri masak kicap
 nampak gaya minggu ni asyik masak kicap, ayam masak rempah kena ada kicap, daging goreng hitam juga kena ada kicap tak apalah yang penting anak-anak makan, aqil dengan kiera belum habis nasi kat pinggan dah pesan esok umi masak telur macam ni umi letak kacang pis yea ...kicap lagi ...luqman esok umi masak nasi lemak dengan sambal, ikut jerlah nak oii janji korang makan ..

resepi untuk kacang botol yang sangat simple dan kosnya ciput sangat, 

Kacang botol tumis ikan bilis
Bahan-bahan:

15 tangkai kacang botol - dihiris 1/2 inci panjang
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
2 sudu besar cili giling
Segenggam ikan bilis 
Garam secukup rasa
Minyak masak
Sedikit serbuk pati ayam (jika suka)

Cara-cara
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis tumbuk jangan halus sangat.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan2 yang telah ditumbuk kasar tadi. 
Tumis hingga naik bau.
Masukkan cili giling tumis hingga masak cili.
Masukkan kacang botol dan garam.

Gaul sebati.
Dah okey, boleh padamkan api. Sedia dihidangkan.
*Jangan masak kacang botol terlalu lama, nanti lembik tak sedap 
makan dengan nasi panas ..wahhh       

Monday, May 13, 2013

Almond Chocolate cake

great memories begin with ... a small bite

Kek untuk sahabatku kak maz and the gang ..
terima kasih kak masih terus sudi berurusan dengan kami 
berminat sms kak umi 019 - 232 2107
fresh  dari oven kepintu rumah anda