Burger comel untuk aqil

sweet memories begin with ..a small bite

Burger untuk aqil bekal kesekolah ..terasa macam rajin pulak hari tu so buatlah comel-comel senang sikit nak masukkan dalam tapeware aqil ..petang goreng lagi sikit untuk kiera bawa sekolah agama pulak senang dan selamat kerja hari tu kalau tak asyik memikir apa bekal nak bawakan ..yang lebih tu simpan petiais mudahkan 
jom..jom kita tengok resepi dia umi buat separuh jerr dah banyak dah 



Resepi Burger:

2 pek daging cincang
1 biji telur (kuning sahaja)
1 sudu besar rosemarry
1 sudu besar oregano
1 sudu besar kicap perisa (umi guna kicap abc manis)
2 sudu besar olive oil
3 tangkai daun bay
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula (kurangkan kalau nak)

Caranya:
Gaul rata dan perap 30 minit
Terap ikut suka . 
Sapu sikit butter kat pinggan tu takut melekat
Masa goreng olive oil letak tu sedikit butter bagi dia wangi sikit ..siap boleh hidang

Comments

Popular posts from this blog

Ikan Pari Bakar

Barbie Cake