Wedding Story

Tuesday, October 30, 2012

Goreng kacang panjang + kerang


Melayan selera ..hari ni goreng kacang panjang + kerang, masak siap-siap, sebab hari ni terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan .. kalau dah masak lega bagi suri-suri dapur macam umi ni ..
menu senang dan cepat .. sekadar untuk berkongsi 

Resepi:
1kg kerang direbus ambil isi dia
300gm kacang panjang (patah-patahkan jer yea)
1/2 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
4 sudu makan cili giling
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis 
1/2 cawan air 

Caranya:
1. Blend bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak tumis bawang kecil dan besar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kerang kacau sekejap, lepas tu masukkan air, kacang panjang, garam, gula.
5. Sesuaikan rasa dia lepas tu boleh hidang dahh.
*kacang jangan goreng lama sangat nanti tak rangup pulak kita nak bila kita makan bunyi krupp..krupp barulah sedapkan.





No comments:

Post a Comment