Wedding Story

Wednesday, October 31, 2012

Chocolate Cake

 great memories begin with ... a small bite 

Salam dengan rasa senang hati dan penuh rasa bersyukur padaMu Ya ALLAH
memudahkan segala urusan hidup ini, terima kasih KE and the geng kerana sudi berurusan dengan Ummi's Oven Bakery, choc. cake lagi hampir setiap hari umi menerima tempahan dan pertanyaan berkenaan choc. cake ni, kek ni tak dalah moist sangat cuma agak-agak jer rasa dia manis ... lemak ..dan agak pahit sikit pahit chocolate dik ..bukan pahit peria ..ha..ha umi layered dgn krim chocolate dan luar dia chocolate ganache resepi kami tersendiri insyaallah sedapnya hingga menjilat jari ..(tiru kfc) 
nak cuba boleh ... order yang comel 1/2 kg hanya RM30 dengan basic deco sahaja ..

..tidak termasuk deco dengan strawberry ni yea 
pertanyaan hanya sms di 019-232 2107



Tuesday, October 30, 2012

Goreng kacang panjang + kerang


Melayan selera ..hari ni goreng kacang panjang + kerang, masak siap-siap, sebab hari ni terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan .. kalau dah masak lega bagi suri-suri dapur macam umi ni ..
menu senang dan cepat .. sekadar untuk berkongsi 

Resepi:
1kg kerang direbus ambil isi dia
300gm kacang panjang (patah-patahkan jer yea)
1/2 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
4 sudu makan cili giling
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis 
1/2 cawan air 

Caranya:
1. Blend bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak tumis bawang kecil dan besar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kerang kacau sekejap, lepas tu masukkan air, kacang panjang, garam, gula.
5. Sesuaikan rasa dia lepas tu boleh hidang dahh.
*kacang jangan goreng lama sangat nanti tak rangup pulak kita nak bila kita makan bunyi krupp..krupp barulah sedapkan.





Danish & Daniel cake

 great memories begin with ... a small bite 

Assalamualaikum untuk semua ..kek bola untuk anak sahabatku Su terima kasih su, insyaallah jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi ..Danish & Danial hepi besday insyaallah suatu hari nanti cita-cita mat-mat cute ni nak jadi pemain bola, nak masuk Harimau Malaya tercapai ..umi tolong doakan tapi belajar jangan lupa ye yang ..tq


Sunday, October 28, 2012

Canteq Studio


Potongan 10% termasuk penghantaran disekitar Ampang , 
cuma sms umi di 019 - 232 2107 atau email : umiross5395@gmail.com
kami juga agen kepada Produk Sinar Permata.

Pasta Bolognese


 Assalamualaikum ..
lambat pulak nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha ..
tapi boleh lagikan gambar pasta yang umi buat sebelum raya sekadar untuk hiasan semata-mata ha..ha
bila hati tengah berbunga ni makan apa pun sedapkan ..tengah layan beehun sup tulang dengan aqil ..seronok tengok dia makan bertambah-tambah letak sikit cili kicap pedas tapi sedappp .. lepas ni macaroni cheeeezz adik bagi tadi hmmm..habislah baju semua dah ketat ..tak apa itu alasan boleh beli baru kan kan .. nak resepi pasta ni kat bawah yea, resepi ni guna spaghetti ..tapi umi tukar ikut selera anak-anak ..


Spaghetti bolognese
(sumber: Dapur Malaysia)
maaf umi dah banyak ubah ikut selera kami
Bahan-bahan:

1/2 paket spaghetti (umi tukar pasta request luqman)

2 sudu cili giling (bagi pedas sikit)

400 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
5 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
1/2 biji bawang merah besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis) sederhana besar
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar (pilihan jika suka)
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Meat ball (optional) jika suka (goreng dahulu)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kemudian masukkan cili giling tumis hingga masak, masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan meat ball
Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, October 24, 2012

Muffin Chocolate



Syukur sempat menyiapkan muffin ni, 
aduuuhhhh tiba-tiba blackout kasihanilah hambaMu ini Ya ALLAH
tapi bancuhan kedua ni hmmm ...tak apalah nanti boleh buat crepe coklat 

 great memories begin with ... a small bite

 Sementara tu makan dulu lah yea ..
pasta sesukahati umi ni dah menunggu kakak sebelah pun bagi lauk ..senang kerja api on karang boleh masak nasi, lepas tu jemput aqil kat sekolah boleh jumpa geng pagar tu yang best tu ..bee, amy, jee, aini and roha memang riuhlah kami jawabnya ..
oklah nak siap ni ..bye


Monday, October 22, 2012

Chocolate strawberry cake

 great memories begin with ..a small bite

Terima kasih kak bertahun kita tak jumpa masih anggun macam dulu lagi kakakku ni, ingatkan dah lupa rupanya masih diingati wahhh ..perasan juga umi ni tapi sesungguhnya kak maznah ni memang umi sayang ..luv u lah kak ..salam untuk semua. 
Inilah dia keknya dihiasi dengan buah strawberry yang menggiurkan mata yang memandang geram dek kerana warna dan rasanya, buah yang orang kata seksi, lambang cinta yang romantik tapi betul ke ..terpulanglah yea ..agak-agak kalau rasa cam nak tunjuk rasa sayang yang teramat beli strawberry + coklat dip ..pastu minum cappuchino ..latte ..mocha ker kat cawan tu lukis luv..luv..luv ,,boleh macam tu cik kiah ..
kalau umi lerr minta jerrr cincin berlian haaaa kan senang barulah sayang namanya, yea, tak payah penuhkan meja tu ..kalau bunga bagi bunga hidup siap dengan pasu penuhkan depan rumah dan tolong siramkan selalu ..barulah intan payung namanya ....cik man awak kat mana jangan buat-buat tak nampak yang dinda tulis ni ... 
tapi dinda ni isteri yang baik kanda kalau kanda tolong mopkan lantai tu pun dah ok ..pastu cakaplah tak payah masak hari ni ... memangggggg dinda suka 

great memories begin with ... a small bite

Blueberry Cake

great memories begin with ... a small bite

Blueberry kek yang paling umi suka buat dan paling umi suka makan, kek ni untuk sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati ..kadangkala terkenang sangat kat dia yang jauh tu sayangnya masa tidak akan kembali dia tetap jauh dan semakin jauh ....



Friday, October 19, 2012

Canteq Studio



Cocoa Collagen khas untuk semua bagi melambatkan proses penuaan, warna kulit sekata menyerlahkan kejelitaan 
dapatkan harga istimewa dari kaunter umi hanya RM18 sahaja sekotak
 just sms di 019-232 2107 atau 019-368 1635 


sms: 019- 232 2107 / 019-368 1635
atau email kepada umiross5395@gmail.com



sms: 019- 232 2107 / 019-368 1635
atau email kepada umiross5395@gmail.com

Thursday, October 18, 2012

Topped fruit cake


sweet memories begin with ... a small bite

sweet memories begin with ... a small bite

sweet memories begin with ... a small bite

Terima kasih dilla order kek ni dari akak ..insyaallah nanti kita jumpa lagi yea

Ikan Pari Bakar

sweet memories begin with ... a small bite

ikan bakar sumber : 
mama siah Rosiah Manap

Resepi:
2 keping ikan pari (sederhana besar)
5 sudu besar cili giling
5 biji bawang merah kecil
1/2 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2" kunyit hidup
1/2" lengkuas
1 batang serai
Gula dan garam secukupnya
Sedikit belacan
minyak masak secukupnya
Kiub ayam (pilihan jika suka)

Caranya:
1. Satukan semua bahan, umi guna blender kecuali gula, garam dan belacan.
2. Panaskan minyak masukkan belacan goreng hingga terbit bau juga bahan giling tumis sehingga pecah minyak cili, dah masak masukkan garam dan gula sesuaikan rasa dia jika suka boleh letak daun limau purut, dah masak ketepikan sebentar.
3. Sediakan alumunium foil letak ikan kemudian sapukan bahan tumis tadi, kemudian balut kemas-kemas.
4. Masukkan dalam oven bakar dalam 25minit dengan suhu 160 celcius atau sehingga masak.
5. Dah siap boleh makan dengan nasi panas ....+ ulam sedap sihhhh ..lauk kami hari ni silakan
 — at my sweet kitchen.

sweet memories begin with ... a small bite

Wednesday, October 17, 2012

Upin Ipin & Tuah

 sweet memories begin with ... a small bite

Terima kasih pada Puan Munirah order kek ni untuk putera kesayangan sebenarnya Tuah is 4yrs old tapi dah teramik gambar is 6 pulak tak apalah kan yang sebenarnya umi dah tukar 4 yea ..sorrylah tuah mak cik ni berangan agaknya masa tu ..tapi macam ada terasa yang tak kena so mak cik pun check balik nota ..alamak 6 tu untuk kek lagi satu nasib baik sempat diselamatkan ..tq sekali lagi untuk Puan Munirah ...

sweet memories begin with ... a small bite 

Tuesday, October 16, 2012

Kek Bola

 sweet memories begin with ..a small bite

Order dari kak ana best friend umi geng sembang kat sekolah masa tunggu anak memang best lah kak ana ni relax jerr orangnya, 
dia kata kek ni jiran dia yang suruh orderkan peminat setia Red Warrior orang klatelah katakan kalau tak sokong Kelantan mau derhaka namanya tapi umi suka juga Kelantan tu ..bukan apa cuma tau gol keeper dia yang lawa lagi glamour tu pemain lain tak tau pun ..harap-harap apek janganlah tenggelam dengan keglameran dia tu kan, 
hari ni birthday kak ana so HAPPY BIRTHDAY KAK ANA semoga hidup akak sentiasa dirahmati Allah hendaknya
terima kasih kak ana dan eiyka hepi besday to u ..

                                                 sweet memories begin with ..a small bite

Monday, October 15, 2012

How to make creampuff


Salam umi tunjukkan cara nak buat creampuff  .. untuk kawan-kawan yang hantar email bertanyakan creampuff ni boleh refer 
ke FB Page Ummi Oven Bakery




                     

sweet memories begin with ...a small bite


dah siap tinggal nak makan kalau nak order just sms umi di 019-232 2107..tq

Sunday, October 14, 2012

Barbie Cake Syiera


sweet memories begin with ..a small bite

Terima kasih pada Puan Khairul ..sudi order dari umi 


Untuk tatapan cik adik yang baru jerr call bertanyakan pilihan cake barbie ..
nak order cake ni untuk anakanda tersayang 
silalah lihat-lihat jika berkenan boleh sms or email akak untuk lebih jimat kos yea yang ..
untuk penghantaran umi memang charge yea terutama luar ampang, 
goodies pulak beritahu budget berapa inysaallah umi siapkan, 
deposit  60% dari harga kek dan charge penghantaran 
lilin dan pisau kek umi sediakan 
jangan risau harga kami sangat berpatutan, tugas umi adalah untuk memberi kemudahan pada ibu-ibu meraikan hari-hari bahagia anak mereka..kalau nak candy buffet umi juga sediakan ..terima kasih

Barbie Cake

sweet memories begin with ... a small bite

 Salam untuk entry kali ni barbie lagi ..request dari seorang ibu sempena birthday anak tersayang insyaallah dan umi cuba yang terbaik .. 


Happy Birthday Aina ..sweet sangat senyum kamu ya ..umi suka

Thursday, October 11, 2012

Banana muffin

 sweet memories begin with .. a small bite

Muffin pisang yang akak paling suka buat simple yang best tu masa buat boleh makan sekali almond flake ni lepas tu kupas pisang mesti satu dua ngap dalam mulut so konon-kononnya selamat tak payanh nak makan malam ..tapi bila masa untuk beradu perut pun berdondang sayang semua rentak lagu ada ..last tak tahan turun kedapur juga mencari lauk alamak dah habis nak goreng telur malaslah pulak ..akhirnya usaha yang terakhir bancuh oat pejam mata telan jerr ..fikir-fikir lain kali tak nak buat lagilah ..tapi buat juga kan ..bilalah akak ni nak rajin dik ..


Resepi ni ada akak letak pada post yan lama-lama carilah yea kalau nak ..kat sini kena layan diri ..terima kasih

Chocolate cake



sweet memories begin with ..a small bite


Msg dari email : Salam kak umi boleh tak akak tolong buatkan kek chocolate tapi saya nak hias sendiri atas dia ..akak salut sekali tau cream chocolate dia saya tak pandai lagi .. nanti balik kerja saya datang collect yea ... akak bagi no.acc. nanti saya bank in .. 
kak umi pun jawab bulleeeeehhh ha lagi sonang kerja akak dik ..senang rasa hati bila buat orang lain rasa happy betul tak cik kiah .. kalau sape-sape nak camni sms jerr kak umi no worries lah..

Tuesday, October 9, 2012

White and pink cake


 sweet memories begin with ... a small bite


Terima kasih pada ima, ayu dan ina ..yang ayu-ayu dan pemalu ..yang sudi order kek dengan akak ..akak rasa terharu sangat dan harap jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga ..

Monday, October 8, 2012

Alpha lipid lifeline



Dapatkan harga yang istimewa dengan membuat belian alpha lipid daripada kami 
sms umi di 019-232 2107
atau
e-mail: umiross5395@gmail.com




Sunday, October 7, 2012

Tart Nanas Kaseh


sweet memories begin with ..a small bite 

Bermula sudah tugas untuk menyiapkan tempahan untuk raya haji ..rezeki datang jangan ditolak .. syukur pada Allah atas rezeki yang diberikan ..senyum cik abe yea selamat poket hmmm..elaun tetap kena bagi  jangan buat-buat lupa .. ehemm-ehemm ..
Sesiapa yang berminat untuk menempah untuk hari istimewa atau hari-hari biasa pun ada just ..
sms umi :  019-232 2107 

Burger comel untuk aqil

sweet memories begin with ..a small bite

Burger untuk aqil bekal kesekolah ..terasa macam rajin pulak hari tu so buatlah comel-comel senang sikit nak masukkan dalam tapeware aqil ..petang goreng lagi sikit untuk kiera bawa sekolah agama pulak senang dan selamat kerja hari tu kalau tak asyik memikir apa bekal nak bawakan ..yang lebih tu simpan petiais mudahkan 
jom..jom kita tengok resepi dia umi buat separuh jerr dah banyak dah 



Resepi Burger:

2 pek daging cincang
1 biji telur (kuning sahaja)
1 sudu besar rosemarry
1 sudu besar oregano
1 sudu besar kicap perisa (umi guna kicap abc manis)
2 sudu besar olive oil
3 tangkai daun bay
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula (kurangkan kalau nak)

Caranya:
Gaul rata dan perap 30 minit
Terap ikut suka . 
Sapu sikit butter kat pinggan tu takut melekat
Masa goreng olive oil letak tu sedikit butter bagi dia wangi sikit ..siap boleh hidang