Wedding Story

Thursday, September 13, 2012

Tart Buah sesuka hati ku

sweet memories begin with... a small bite

Assalamualaikum ..
Teringin pulak tekak ni nak makan tart buah ..tapi ialah umi letak jerr apa yang umi suka atas tu yang ada dalam petiais ..sebab tahap kemalasan dah terlebih ni 
Resepi umi letak kat bawah ni yea..

Bahan untuk kulit tart:
500gm tepung gandum
250gm butter lembut (umi guna buttercup)
120gm gula icing (ayak dulu)
2 biji kuning telur
2 sudu esen vanilla
2 sudu makan air sejuk 

Cara buatnya: 
1. Satukan tepung gandum dan gula icing dalam mangkuk
2.Campurkan mentega dan gaul menjadi serbuk kasar
3.Masukkan esen vanilla, kuning telur dan air sejuk.
4. Uli lagi jadi doh lembut jangan lama sangat yea. 
5. Rehatkan dalam 10 minit
6. Canai dan terap dalam acuan tart.
7. Bakar lebih kurang 10 min dalam suhu 180'celcius

Bahan kastard:
100gm tepung kastard
240ml air
atau
190 ml air + 50ml susu segar

Cara dia: 
Masak atas api perlahan hingga pekat (sentiasa kacau elak hangus)
letak dalam piping bag.
Paip kastard dalam tart shell yang sudah disapu dengan coklat masakan cair
letak buah yang anda suka. 
jika suka boleh sapu jeli atas buah bagi nampak berkilat 

cubalah resepi ni tak adalah rumit sangat gunakan bahan yang biasa ada didapur kita tepung gandum, telur, air sejuk mesti ada kan ..so bila lagi nak tunjuk skill kita betul tak anak-anak mesti bangga ..kan..kan


No comments:

Post a Comment