Wedding Story

Sunday, September 30, 2012

Apam dot-dot


Teringin nak memberi sesuatu pada bonda mertuaku yang banyak membantu ialah semalam kawan-kawan mengaji bondaku datang kerumah bonda untuk sama-sama mengaji ..so rasa ini sesuai kot ..umi tak adalah mahir sangat tapi bolehlah kan bonda almaklum lerr menantumu yang ini memang rajin kat dapur kaaaannn ..
resepi ni dari majalah saji lama dah cuma umi "adjust " sikit ikut cita rasa sendiri

sweet memories begin with ..a small bite

Apam dot-dot


Bahan-bahan:
3 biji telur sejukkan dulu
280g tepung gandum
225gula halus
150g susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Sedikit vanilla essence
filling umi guna blueberry & coklat (umi suka coklat lorr)

Cara:

1.Masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul lebih kurang 8 minit.

2.Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna yang anda suka (umi bagi bahagian pada 3 warna)
3.Masukkan dalam piping bag ikut warna.
4.Picitkan sedikit dalam mangkuk kertas lepas tu letak jem yang disukai, picitkan lagi adunan warna yang sama sehingga 3/4 penuh.
5.Untuk dot-dot cuma picitkan warna yang berlainan dari warna yAng asal tadi.Buat sehingga  habis adunan.
6.Kukus selama 15min - 20min siap.

No comments:

Post a Comment