Wedding Story

Sunday, June 10, 2012

Lapis batik marie


great memories begin with .. a small bite

mula-mula dapat call dari nor nak minta buatkan lapis batik marie, termangu-mangu juga dibueknya ialah dah lama rasanya umi tak buat kek ni..dah buat tak sangka pulak luqman, kiera, aqil suka hmmmm..kena buat satu loyang lagilah nampaknya, bila cik somi balik kerja haaa??? dia pun suka , ekin anak buah pulak datang nape cik ros tinggalkan sikit sangat ..habis satu loyang??? alamak semua suka ke ialah umi yang buatlah katakan (sesekali perasan juga yo) ...resepi umi bagi kat bawah ni cubalah sangat mudah simply sedappp ..umi copy juga dari hanamemories.blogspot.com ..terima kasih cik hana

Bahan-bahan;
250g@satu paket biskut marie apa-apa brand pun tak apa
200g milo
397g @ 1 tin susu pekat..hana buh 3/4 tin
5 biji telur gred b
1sk esen vanilla
150g butter @ 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescafe - optional (umi tak buh pun sebab cik nes dah habis)
2 sudu besar air panas - optional ( utk kek yang agak moist)

Cara-caranya: 
Sediakan loyang 7 inci yang dialas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya.
Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan kedalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.

Cedokkan satu sendok kedalam loyang dan ratakan. Susun biskut diatasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

Lapisan terakhir tekan kuat sedikit supaya permukaan rata dan tutup. Biarkan sejuk beberapa jam didalam peti ais.



No comments:

Post a Comment