Wedding Story

Tuesday, June 26, 2012

Kek Kelantan


great memories..begin with a small bite

Kek untuk Ahmad anak pada sahabatku kak ana ..rasa seronok bila ahmad datang sendiri bertanyakan kek dia .." mak cik betul ke kek amad mak cik yang buat ..kat mana kedai mak cik..macam mana makcik boleh buat kek ...mak cik nanti amad nak belajar buat kek dengan mak cik .."  huu ..hu banyaknya soalan amad mana satu mak cik nak jawab ni, yang pasti insyaallah suatu hari nanti mak cik ajar amad yea ..dan juga orang lain manalah tau ilmu yang sedikit ni dapat memberi menafaat pada orang lain juga ..

Sunday, June 24, 2012

Banana Muffin UMI

great memories begin ..with a small bite

Bahan-bahan:
150gm tepung berprotein tinggi / tepung roti
150gm tepung gandum
2gm garam 
18gm baking powder
4gm baking soda
100gm gula castor
10gm esen vanilla
 10gm pes pisang (tak ada pun tak apa)
2 biji telur gred A
125gm susu segar
50gm susu pekat
250gm pisang dilenyek
70gm butter dicairkan
Cara-cara: 
1.Masukkan susu, gula esen vanilla, esen pisang, butter cair, dan isi pisang kedalam bekas pengadun, putar hingga sebati.
2.Ayak semua tepung, baking powder, baking soda,garam masukkan dalam bekas pengadun tadi (no.1). uli hingga sebati jangan terlalu lama .
3.Sendukkan dalam cawan kertas sehingga 3/4 cawan,
4. Taburkan walnut @ choc. rice atau apa-apa yang anda suka. 
Bakar 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 darjah C atau sehingga masak.
5.Keluarkan dan sejukkan lepas tu makan yea -UMI ROSMAH-

Thursday, June 21, 2012

Cakepops Dilla



great memories begin with..a small bite

Cakepop Dilla untuk dihadiahkan untuk cik suami tersayang ..moga bertambah bahagia sekeluarga, bertambah tambah erat kasih sayang antara dilla dan que aminn..
Terima kasih Dilla jangan lupa order lagi.
umi suka cakepop ni bentuk dia yang comel,
 rasa dia yang sedap boleh pilih antara rasa
 cheese dan chocolate 
special homemade resepi dari umi ,
 disalut dengan chocolate " choc. asli atau chocolate berwarna berperisa oren atau strawberi.
Ada juga chocolate warna pink dan putih
 tapi masa buat untuk dilla warna putih tak dapat dikesan ntah mana hilangnya takut agaknya .. baik lah aku sembunyi kalau umi nampak habislah aku kena lebur nanti ..heee

untuk pertanyaan,
email; umiross5395@gmail.com
sms: 019 - 232 2107

Rainbows cake

great memories ..begin with a small bite

Terima kasih eita ..kerana masih terus menyokong Ummi's Oven Bakery terima kasih dan terima kasih sekali lagi

Wednesday, June 20, 2012

Carnation cupcakes


great memories begin with ..a small bite

Terima kasih erra semoga kita berjumpa lagi ..

Monday, June 18, 2012

Choc.cake easy to eat


great memories begin with... a small bite

Tranformasi ke arah konsep yang lebih sedap, mudah, murah, bersih dan senang dimakan, hampir sebulan umi berusaha mendapatkan pendapat dari pelanggan dan kawan-kawan yang setia dengan Ummi's Oven Bakery maka inilah hasilnya, ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan umi amat berharap rakan-rakan akan sentiasa menyokong usaha umi.
Hari ini diketika menulis ni umi masih berusaha untuk memberi yang terbaik untuk semua. 

Rakan-rakan yang ingin menambah duit poket:
 call, sms atau email umi 
untuk jadi pengedar pada Choc.cake moist umi ..
call/sms: 019 - 232 2107
email: umiross5395@gmail.com


Blueberry Cake


great memories begin with... a small bite

Terima kasih KE dah lama dah buat kek ni baru jumpa file hari ni lupa letak kat mana ..

Roses cupcakes


great memories begin with... a small bite 

Tempahan cupcakes untuk hantaran dari ina ..terima kasih ina

Pink Carnation Cake


great memories begin with a small bite

Carnation pilihan dari erra collection..terima kasih banyak-banyak yea

Tuesday, June 12, 2012

Football cupcakes


 great memories begin.. with a small bite..

Nampaknya terkena juga tempias bola euro ni ..tapi ok juga kan sejak luqman suka bola ni terpaksa juga aku belajar pasal bola ni pasukan mana, bersengkang mata juga menemankan anak bujang tengok bola tapi seronok mungkin itulah pengalaman yang sangat berharga sebagai seorang ibu cuba memahami kehendak anak yang semakin meningkat remaja, tapi jadual perlawanan kena minta dengan mak su dia yea ..umi dia tak tau mana nak dapatkan, luqman kata nanti weekend nak tengok kat kedai mamak ..haaa?? ..dah cakap dengan dia ajak ayah jer lah yea nak..bola ohh bola dimana ko

Monday, June 11, 2012

Cupcakes


great memories ..begin with a small bite ..

Cupcakes week ..terima kasih untuk semua sahabat yang sudi berurusan dengan kami di Ummi's Oven Bakery ..moga kalian semakin kaya..kaya ..berjaya dan bahagia didunia dan diakhirat ..aminn..

Roses cupcakes



great memories ..begin with a small bite

Gambar kureng pulak..tapi tak palah tengah semangat nak menayang hasil kerja semalam yang membuat umi  hampir tertidur dengan kotak-kotak yang comel menawan tu ..terima kasih pada kekandaku yang sudi memperkenalkan pada sahabat-sahabatmu kekanda, hasil seniku ini..terima kasih pada cikgu yang menempah ni mmm.. so..sorry teacher lupa nama pulak ..moga teacher semakin kaya dan berjaya aminn

Sunday, June 10, 2012

Lapis batik marie


great memories begin with .. a small bite

mula-mula dapat call dari nor nak minta buatkan lapis batik marie, termangu-mangu juga dibueknya ialah dah lama rasanya umi tak buat kek ni..dah buat tak sangka pulak luqman, kiera, aqil suka hmmmm..kena buat satu loyang lagilah nampaknya, bila cik somi balik kerja haaa??? dia pun suka , ekin anak buah pulak datang nape cik ros tinggalkan sikit sangat ..habis satu loyang??? alamak semua suka ke ialah umi yang buatlah katakan (sesekali perasan juga yo) ...resepi umi bagi kat bawah ni cubalah sangat mudah simply sedappp ..umi copy juga dari hanamemories.blogspot.com ..terima kasih cik hana

Bahan-bahan;
250g@satu paket biskut marie apa-apa brand pun tak apa
200g milo
397g @ 1 tin susu pekat..hana buh 3/4 tin
5 biji telur gred b
1sk esen vanilla
150g butter @ 2/3 cawan
2 sudu besar serbuk koko
1sk nescafe - optional (umi tak buh pun sebab cik nes dah habis)
2 sudu besar air panas - optional ( utk kek yang agak moist)

Cara-caranya: 
Sediakan loyang 7 inci yang dialas dengan kertas minyak bawah dan juga kelilingnya.
Satukan semua bahan kecuali butter dan kacau sebentar. Masukkan kedalam kuali. Buka api kecil untuk mengelakkan hangit bahagian bawah. Kacau sehingga semua bahan sebati. Kemudian masukkan butter dan kacau lagi sampai pekat dan kasar berbintil-bintil. Matikan api.

Cedokkan satu sendok kedalam loyang dan ratakan. Susun biskut diatasnya. Ulang proses melapis sehingga habis.

Lapisan terakhir tekan kuat sedikit supaya permukaan rata dan tutup. Biarkan sejuk beberapa jam didalam peti ais.



Friday, June 8, 2012

Cupcakes boy and girl




Cupcake boy and girl untuk sahabat umi..Cik Shima ..terima kasih banyak-banyak..jumpa lagi