Wedding Story

Sunday, November 25, 2012

PELANGI CAKE

 great memories begin with ... a small bite

Bila hati sedang berbunga-bunga semua indah saja ... kadangkala rasa juga lara jadi sebagai penghibur pandang saja pelangi yang penuh keindahan dan diabadikan melalui karya seniku idea dari mummy fiefa ..tapi pelangi memang sangat indah 
terima kasih ita dan fiefa ..adik yang sangat cute 


great memories begin with ... a small bite

Thursday, November 22, 2012

CHOCOLATE CAKE



great memories begin with .. a small bite 

silalah cuci mata yea ..hari ni mood kurang sikit tak taulah kenapa slow sangat  ni bye ..
                                                              
great memories begin with .. a small bite 

Tuesday, November 20, 2012

DEEPAVALI CAKE

 great memories begin with ... a small bite
Terima kasih ita yang sentiasa memberi sokongan dan semangat  untuk terus berdiri  terima kasih sekali lagi 

great memories begin with ... a small bite

ANGRY BIRD

great memories begin with ... a small bite 

Order dari kawan baru di alam maya .. 
minta edible angry bird untuk anak tersayang ..dan dia beritahu sangat puashati dengan kek dan harga lega rasanya,memang hilang rasa penat bila dihargai kan..kan..kan

great memories begin with ... a small bite 

Sunday, November 18, 2012

Kek Hantaran

 great memories begin with ... a small bite

Seronok bermain dengan warna ..membina seuatu yang ada dalam khayalan bagus jugakan ..puas memikir macam mana nak buat batu kerikil bagi nampak real ..puas ku membelek kek ni campurkan warna tapi tak cantik ...at last kiera hulurkan gula-gula yang dia makan ..sebiji macam batu umi ambil ni yea tapi kena ganti tau...mm .. kita pegi popular .. ya lah ..kiera peace ... terima kasih cik kiah luv u ..

great memories begin with ... a small bite

Thursday, November 15, 2012

Carnation inspired

 great memories begin with ... a small bite 

Saat buat kek ni ia amatlah mencabar kesabaran ..wahai fondant ko bila sejuk jer mulalah lembik macam sotong langsung tak boleh nak bentuk ..kena biar sekejap baru boleh pegang nak siapkan sebiji kek ni umi ambil masa hampir dua hari itu untuk cover luar sahaja ..tak kira yang umi buang sebab letak jer atas kek pecah ..tapi redha hujan yang datang memberi seribu rahmat ..kat hati nak nangis pun ada ..syukur umi siapkan bunga dia lebih awal kalau tak ..tak taulah camna rupa dia .. terima kasih ekin dari serdang ..dari jauh datang umi sangat menghargainya terima kasih dik ..semoga apa yang dirancang berkekalan bahagia hingga keakhirnya ..

great memories begin with ... a small bite 

Wednesday, November 14, 2012

Bunga pom-pom

Salam hari ni umi lari sikit dari tajuk yea ..saja mengisi masa lapang dengan bunga pom-pom ni ..niat dihati nak buat  hiasan kat paper beg untuk cenderahati masa majlis doa selamat aqil nanti ... ok juga kan jimat-pun jimat yang lebihnya rasa puashati sebab buat sendiri ..umi tunjuk cara nak buat dia untuk adik-adik yang nak buat majlis boleh juga buat bunga telur cuma tambah tangkai dengan reben bagi jurai-jurai sikit mesti cantik lagi satu poket taklah bocor sangatkan ...


Tuesday, November 13, 2012

Simple deco door gifts

 great memories begin with ..a small bite

Simple deco untuk akad nikah sebagai buah tangan ...
buat lebih sebab umi nak letak  dekat kedai anak sedara Ennay Saloon di Econsave ditepi MRR2
juga booth di Metro Point Kajang depan Gullatis setiap hari ahad dari jam10 pagi hingga pukul 6 petang.
 silalah singgah ke situ.

great memories begin with ..a small bite

Zebra Creampuff

 great memories begin with ... a small bite

Order dari ina bukit indah ..creampuff untuk majlis harijadi anakanda tersayang 
terima kasih ina suka dengar dia bercakap loghat nogori hingga terkadangkala umi pun terikut juga ..happy birthday dania dan tahniah dapat result yang cemerlang moga cemerlang sampai bila-bila ..

great memories begin with ... a small bite

Friday, November 9, 2012

Apam polkadot dot..dot

 great memories begin with ... a small bite

Seronok buat apam polkadot ni bermain dengan warna, pergi kelas untuk suka-suka nak buat nak bagi kemas, nak tau skill  ialah bagi setengah orang tak perlu semua tu tapi bagi umi ia perlu untuk lebih mahir dan tersusun ..sekarang tak sangka pulak tempahan untuk polkadot ni bertambah dari hari ke hari ..sangat sesuai untuk diletak sebagai salah satu menu atas meja teh atau candy buffet dengan warna-warna yang sangat sweet insyaallah mesti tergoda juga terliur nak merasanya ..
so kalau teringin nak polkadot dot..dot kata asst. umi tu :
 sms umi di =>  019-232 2107

great memories begin with ... a small bite

Wednesday, November 7, 2012

Canteq Studio




Lega dapat menunaikan permintaan dari sahabat dialam maya ..alpha lipid  ..terima kasih banyak-banyak kerana percayakan kami ..dua hari umi tertanya-tanya alamat kat mana tak berbalas rupanya cik suami yang bank in nak buat surprise kat darling tersayang ..haiii bertuah badan  dik.. 
untuk pertanyaan dan tempahan sms : 019-232 2107 (kak umi) 


Tuesday, November 6, 2012

Terasa

Pink CupCAKE


great memories begin with ... a small bite


tiada kata-kata seindah bahasa 


tiada gambar seindah lukisan

dan berbudi pada yang tahu menghargai

Monday, November 5, 2012

Bunga-bunga cinta

 great memories begin with ... a small bite
Silalah cuci mata yea ..
umi ada tugasan dengan oven ooo cik oven banyak kerja kita hari ni

great memories begin with ... a small bite

Sunday, November 4, 2012

Swirl Chocolate creamy

 great memories begin with ... a small bite
Swirl chocolate creamy untuk majlis makan-makan terima kasih Cikgu Ana

great memories begin with ... a small bite

Saturday, November 3, 2012

Chocolate Ball


 great memories begin with ... a small bite

Chocolate ball request dari seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan pada umi
nampak mudah tapi agak rumit sikit ..
sesuai untuk dijadikan sebahagian dekorasi dulang hantaran, cenderahati untuk tetamu, salah satu hidangan dimeja "candy buffet" yang pasti menambat selera sikecil, 

Untuk daya tahan umi cadangkan perisa dari kek butter, kek oren atau kek chocolate setelah dua tiga kali mengikuti kelas untuk choc. ball ni umi rasa kek chocolate lebih sedap berbanding perisa lain ...betullll
chocolate memang sedap ..asyikkk
Seandainya teringin merasai betapa sedapnya choc. ball jangan malu-malu
sms umi di 019- 232 2107  

great memories begin with ... a small bite

Thursday, November 1, 2012

Sweet and cute cuppies

 great memories begin with ... a small bite

Terasa lega dapat siapkan cuppies dengan dibantu anak buahku nad... walaupun nampak simple tapi dengan kuantiti yang banyak membuatkan diri terasa lelah, kerana kualiti dan kekemasan perlu dijaga, cuppies untuk door gift terima kasih  pada mak su dan nadzura tanpa bantuan kalian mau pitam umi ..ok next giliran untuk sahabat baru dialam maya ok bye umi nak sambung tugas... 

great memories begin with ... a small bite

Chocolate cake

 great memories begin with ... a small bite

Terima kasih cik ta nice deal with u  ..
letak bunga-bunga sikit bagi nampak happy 

great memories begin with ... a small bite

Love in Paris

 great memories begin with ... a small bite 

Terima kasih untuk sahabatku, bakal pengantin juga pembantu umi..nad .. yang memberi idea, lari dari yang biasa tapi nampak sweet sangat .... umi yang terlebih suka nak buat ni perasan pun ada juga heee tak apakan dah penat buat masa untuk senyum pulak kan..kan..kan mak su ...la..la..la masa untuk zzzZZZzz ..


Wednesday, October 31, 2012

Chocolate Cake

 great memories begin with ... a small bite 

Salam dengan rasa senang hati dan penuh rasa bersyukur padaMu Ya ALLAH
memudahkan segala urusan hidup ini, terima kasih KE and the geng kerana sudi berurusan dengan Ummi's Oven Bakery, choc. cake lagi hampir setiap hari umi menerima tempahan dan pertanyaan berkenaan choc. cake ni, kek ni tak dalah moist sangat cuma agak-agak jer rasa dia manis ... lemak ..dan agak pahit sikit pahit chocolate dik ..bukan pahit peria ..ha..ha umi layered dgn krim chocolate dan luar dia chocolate ganache resepi kami tersendiri insyaallah sedapnya hingga menjilat jari ..(tiru kfc) 
nak cuba boleh ... order yang comel 1/2 kg hanya RM30 dengan basic deco sahaja ..

..tidak termasuk deco dengan strawberry ni yea 
pertanyaan hanya sms di 019-232 2107



Tuesday, October 30, 2012

Goreng kacang panjang + kerang


Melayan selera ..hari ni goreng kacang panjang + kerang, masak siap-siap, sebab hari ni terlalu banyak urusan yang harus diselesaikan .. kalau dah masak lega bagi suri-suri dapur macam umi ni ..
menu senang dan cepat .. sekadar untuk berkongsi 

Resepi:
1kg kerang direbus ambil isi dia
300gm kacang panjang (patah-patahkan jer yea)
1/2 labu bawang besar dihiris
4 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
4 sudu makan cili giling
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis 
1/2 cawan air 

Caranya:
1. Blend bawang kecil dan bawang putih.
2. Panaskan minyak tumis bawang kecil dan besar sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling tumis sehingga pecah minyak.
4. Masukkan kerang kacau sekejap, lepas tu masukkan air, kacang panjang, garam, gula.
5. Sesuaikan rasa dia lepas tu boleh hidang dahh.
*kacang jangan goreng lama sangat nanti tak rangup pulak kita nak bila kita makan bunyi krupp..krupp barulah sedapkan.





Danish & Daniel cake

 great memories begin with ... a small bite 

Assalamualaikum untuk semua ..kek bola untuk anak sahabatku Su terima kasih su, insyaallah jika dipanjangkan umur kita jumpa lagi ..Danish & Danial hepi besday insyaallah suatu hari nanti cita-cita mat-mat cute ni nak jadi pemain bola, nak masuk Harimau Malaya tercapai ..umi tolong doakan tapi belajar jangan lupa ye yang ..tq


Sunday, October 28, 2012

Canteq Studio


Potongan 10% termasuk penghantaran disekitar Ampang , 
cuma sms umi di 019 - 232 2107 atau email : umiross5395@gmail.com
kami juga agen kepada Produk Sinar Permata.

Pasta Bolognese


 Assalamualaikum ..
lambat pulak nak ucap Selamat Hari Raya Aidil Adha ..
tapi boleh lagikan gambar pasta yang umi buat sebelum raya sekadar untuk hiasan semata-mata ha..ha
bila hati tengah berbunga ni makan apa pun sedapkan ..tengah layan beehun sup tulang dengan aqil ..seronok tengok dia makan bertambah-tambah letak sikit cili kicap pedas tapi sedappp .. lepas ni macaroni cheeeezz adik bagi tadi hmmm..habislah baju semua dah ketat ..tak apa itu alasan boleh beli baru kan kan .. nak resepi pasta ni kat bawah yea, resepi ni guna spaghetti ..tapi umi tukar ikut selera anak-anak ..


Spaghetti bolognese
(sumber: Dapur Malaysia)
maaf umi dah banyak ubah ikut selera kami
Bahan-bahan:

1/2 paket spaghetti (umi tukar pasta request luqman)

2 sudu cili giling (bagi pedas sikit)

400 g daging cincang
250 g tomato puri
250 g sos tomato
5 ulas bawang merah kecil (dicincang halus)
1/2 biji bawang merah besar (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 biji tomato (dihiris nipis) sederhana besar
1/2 biji lobak merah (dipotong dadu)
3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)
1 cawan air
1 senduk susu segar (pilihan jika suka)
1 kiub stok daging lembu (optional)
Oregano atau Italian herbs
Meat ball (optional) jika suka (goreng dahulu)
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

Spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Kemudian masukkan cili giling tumis hingga masak, masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang. Goreng sehingga sayur lembut.
Masukkan tomato puri, sos tomato, air dan susu. Kacau hingga sekata.
Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
Masukkan meat ball
Siap untuk dihidangkan.

Wednesday, October 24, 2012

Muffin Chocolate



Syukur sempat menyiapkan muffin ni, 
aduuuhhhh tiba-tiba blackout kasihanilah hambaMu ini Ya ALLAH
tapi bancuhan kedua ni hmmm ...tak apalah nanti boleh buat crepe coklat 

 great memories begin with ... a small bite

 Sementara tu makan dulu lah yea ..
pasta sesukahati umi ni dah menunggu kakak sebelah pun bagi lauk ..senang kerja api on karang boleh masak nasi, lepas tu jemput aqil kat sekolah boleh jumpa geng pagar tu yang best tu ..bee, amy, jee, aini and roha memang riuhlah kami jawabnya ..
oklah nak siap ni ..bye


Monday, October 22, 2012

Chocolate strawberry cake

 great memories begin with ..a small bite

Terima kasih kak bertahun kita tak jumpa masih anggun macam dulu lagi kakakku ni, ingatkan dah lupa rupanya masih diingati wahhh ..perasan juga umi ni tapi sesungguhnya kak maznah ni memang umi sayang ..luv u lah kak ..salam untuk semua. 
Inilah dia keknya dihiasi dengan buah strawberry yang menggiurkan mata yang memandang geram dek kerana warna dan rasanya, buah yang orang kata seksi, lambang cinta yang romantik tapi betul ke ..terpulanglah yea ..agak-agak kalau rasa cam nak tunjuk rasa sayang yang teramat beli strawberry + coklat dip ..pastu minum cappuchino ..latte ..mocha ker kat cawan tu lukis luv..luv..luv ,,boleh macam tu cik kiah ..
kalau umi lerr minta jerrr cincin berlian haaaa kan senang barulah sayang namanya, yea, tak payah penuhkan meja tu ..kalau bunga bagi bunga hidup siap dengan pasu penuhkan depan rumah dan tolong siramkan selalu ..barulah intan payung namanya ....cik man awak kat mana jangan buat-buat tak nampak yang dinda tulis ni ... 
tapi dinda ni isteri yang baik kanda kalau kanda tolong mopkan lantai tu pun dah ok ..pastu cakaplah tak payah masak hari ni ... memangggggg dinda suka 

great memories begin with ... a small bite

Blueberry Cake

great memories begin with ... a small bite

Blueberry kek yang paling umi suka buat dan paling umi suka makan, kek ni untuk sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati ..kadangkala terkenang sangat kat dia yang jauh tu sayangnya masa tidak akan kembali dia tetap jauh dan semakin jauh ....